Disediakan oleh Siti Aishah Che Kar
Ketika
awal zaman awal 90-an, ketika kami masih lagi anak-anak sekolah, banyak
nostalgia kenangan antaranya mesin air kotak atau air tin. Gembira dapat
masukkan duit syiling dan tekan pilihan air terus keluar setin air bunga kekwa
dari mesin tersebut. Mesin gedegang kami gelar sempena bunyinya yang kuat bila
air tin jatuh di tempatnya. Dan masih terbayang gembiranya kami kalau dibawa
berjalan ke Supermarket Hanku Jaya atau The Store di bandar Kota Bharu,
Kelantan kerana dapatlah merasa naik tangga bergerak atau eskalator. Berdebar-debar
pijak tangga takut tersepit kaki di celah-celah tangga bergerak. Jika ada
saudara yang ingin diziarahi oleh ayah dan mak di Hospital Kubang Kerian
(HSUM), Kelantan, kami berebut untuk ikut. Bagaimana kami anak-anak tidak sabar
untuk berumur 12 tahun ke atas. Sebabnya apa kerana hanya kanak-kanak yang
berumur 12 tahun ke atas dibenarkan masuk ke ruang wad yang ditempatkan di
puluhan tingkat hospital tersebut. Sudah pasti kami teruja kerana di hospital
itulah terdapat lif. Bukan senang nak jumpa dan merasa naik lif.
Kini
memasuki tahun 2020 semuanyan makin berubah pantas. Lif, tangga bergerak dan
juga mesin air kotak bukan lagi pengalaman agung bagi anak-anak. Mungkin kita
belum lagi dapat melihat kereta terbang di atas atap rumah atau pokok tapi
perubahan besar memang telah berlaku malah amat pantas bergerak. Jika dulu kita
mimpikan sebuah mesin atau robot yang mampu mengalih semua kerja, namun siapa
sangka super robot impian itu datang dalam bentuk sebuah telefon. Ya hanya
dengan sebijik telefon pintar, kini pelbagai dapat dilakukan. Jam tangan, penggera, kalendar, diari, kalkulator,
album gambar, kamera, lampu suluh, peta, kompas, dan namakan apa saja apa
sahaja produk boleh kini dengan hanya menggunakan telefon pintar. Malah juga perbagai
urusan harian telah diambil-alih oleh penggunaan telefon pintar seperti, urusan
perbankan. Kita juga tidak perlu lagi sebuah gedung membeli belah, restoran,
bank dan kedai buku. Ruangan meja kopi apatah lagi dengan rangkaian media
sosial yang berselirat. Jika dulu mesin hanya mengambil tugas-tugas mudah kini
tugas professional seperti doktor, guru, pensyarah, akauntan juga boleh ambil
alih oleh pengunaan teknologi. Jika dulu pusat pengajian tinggi diibaratkan
syurga ilmu pengetahuan dan kemahiran, kini ia perlu difikirkan kembali kerana
kini gedung ilmu yang terbesar hanya berada dihujung jari sahaja dengan kos
yang lebih murah dan mudah untuk dicapai.
Impaian
kita untuk memiliki sebuah alat yang dapat menyelesaikan semua tugas hampir tertunai.
Kita hanya perlu memiliki telefon pintar , semua masalah dapat diselesaikan.
Namun kebergantungan terhadap hanya sebuah alat akhirnya pasti secara tidak
langsung akan menjerat manusia juga. Secara perlahan-lahan semua jualan produk oleh
syarikat kecil diambil alih oleh syarikat multi-gergasi seperti Google,
Facebook, Amazon. Kebergantungan kita kepada syarikat gergasi ini bagi
menyelesaikan semua masalah kita pasti amat bahaya. Jika dulu hanya pekerjaan sokongan seperti
pengkeranian, yang perlu bersaing dengan penggunaan mesin, kini pekerjaan bidang
professional seperti guru, pensyarah, doktor dan juga jurutera juga akan juga turut
terkena tempias perlu bersaing dengan pengunaan teknologi.
Mungkin
seperti yang gambarkan dalam filem animasi WALL-E keluaran Walt Disney dan
Pixar dimana semua manusia pada zaman tersebut hanya bergantung kepada satu
robot iaitu AUTO untuk menguruskan semua aktiviti harian mereka. Mereka hanya
berbaring di atas kerusi malas dan tidak bergerak langsung hingga hilang
keupayaan diri termasuk untuk berjalan. Malah watak manusia dalam filem
tersebut hanya sebagai pelakon “extra” manakala watak utama semua didonamasi
oleh robot dan sebuah megasyarikat bernama B n L. Klise sungguh.
Pasti
dalam masa yang akan datang perubahan akan terus mendatangi kita kerana kita jugalah
yang menciptakanya dan menyerunya. Berubah atau tidak kita hanya ada satu
pilihan…
No comments:
Post a Comment