Tuesday 6 November 2012

Polimer Termaju dalam Bidang Perubatan


Polimer digunakan secara meluas dalam bidang perubatan. Peralatan perubatan atau biobahan pada awalnya telah diterokai sejak setengah abad yang lalu tetapi penghasilan produk berunsurkan polimer hanya meluas baru-baru ini. Sebagai contoh, biobahan digunakan dalam bidang perubatan moden mula berkembang dengan penemuan oleh Dr J. Lister pada tahun 1860. Kajian dalam bidang pergigian itu telah membuatkan penggunaan biobahan semakin popular. Biobahan digunakan untuk membuat peralatan bagi menggantikan sebahagian atau keseluruhan fungsi badan dalam keadaan selamat, dapat dipercayai, menguntungkan dan mengandungi perihal fisiologi yang boleh diterima oleh semua orang. Biobahan boleh didefinisikan dengan mudah sebagai bahan sintetik yang digunakan untuk menggantikan sebahagian daripada sistem tubuh badan yang berkait rapat dengan tisu hidup. Selain itu, ia juga bermaksud bahan sintetik yang berhubung dengan tisu, darah dan cecair biologikal, dan digunakan untuk prostetik, diagnostik, terapeutik tanpa memberi kesan kepada organisma hidup dan komponen-komponennya.
Bahan polimer sintetik digunakan secara meluas oleh pembekal perubatan pakai buang, bahan anggota palsu (prosthetic), bahan pergigian dan implan. Terdapat banyak kebaikan penggunaan polimer dalam bidang perubatan. Antara kebaikan penggunaan polimer biobahan ialah memudahkan proses mereka bentuk bahan dalam produk tertentu, boleh direka bentuk berulang-ulang kali, kos yang murah dan sentiasa memenuhi sifat mekanik dan fizikal sesuatu bahan. Disamping itu, polimer biobahan tidak menghasilkan toksik dalam badan manusia dan tidak memudaratkan kesihatan manusia. Tambahan pula polimer biobahan lebih bersifat biodegradasi dimana polimer yang digunakan amat bersesuaian dengan metabolisma badan manusia dan mudah dibunuh kuman. Selain itu, penggunaan polimer jenis nilon, silikon, poliester dan politetrafluroetilina dan lain-lain lagi banyak memberikan kebaikan kerana ianya mudah untuk dibentuk manakala bagi polimer jenis GPPS atau (General Purpose Polistirina) pula, ia mempunyai kestabilan suhu, kurang penggunaan warna dan juga mudah untuk dibentuk. Penggunaan Poly(methylmethaacrylate) atau PMMA sebagai polimer biobahan dalam kanta intraocular (IOL) dapat memudahkan pesakit yang mengalami penyakit katarak kerana kanta intraocular (IOL) tidak perlu dikeluarkan atau dibersihkan seperti penggunaan kanta lekap.

Jadual 1.0 menunjukkan beberapa contoh polimer yang kerap kali digunakan dalam bidang kesihatan dan penggunaannya.

Contoh Polimer

Kegunaan
Poly(methylmethaacrylate) PMMA
Kanta lekap keras,  kanta intraocular (IOL),  dasar gigi palsu, membran dialisis darah,
UHMWPE (Ultra high molecular weight polyethylene)

Implan orthopedik, bahagian permukaan sendi palsu
Polietilenaterephthalate (PET)
Arteri palsu, implan kardiovaskular

Poliurethanes (PU)
kateter (tiub yang dimasukkan ke dalam pundi kencing)

Polyhema
Kanta lekap lembut, pembalut bagi surgeri

Polipropilina
Penyambungan jari, injap jantung, bahan jahitan pembedahan, membran oksigen darah,

Silikon
Implan payudara, alat-alat kecantikan
Jadual 1.0  Contoh polimer dan kegunaannya
Disediakan oleh:
Nurul Huda Bt Kamarulzaman
            Siti Musliha Nor Al-Din