Showing posts with label Activities. Show all posts
Showing posts with label Activities. Show all posts

Friday, 1 November 2019

Esport FKE: Mobile Legends dan Counter Strike Global Offensives (CSGO)






Oleh: Mohd Amir Hamzah Ab. Ghani, Dr. Ilham Rustam, Fadhli Dzul Hilmi Mohd Fauzi, Abdul Hafiz Kassim, Dr Mohamad Yusof Mat Zin.
Hari sukan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) yang dianjurkan bersama kelab pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), Kelab EESA (Electrical Engineering Student Association) dan unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) pada 10 October sehingga 19 October 2019 pertama kali mempertandingkan sukan elektronik atau lebih dikenali sebagai esport. Sukan yang dipertandingkan kali ini hanya dua sahaja iaitu Mobile Legend (ML) dan Counter Strike Global Offensive (CSGO). Sukan ML bermula pada 15 October 2019 pada hari Selasa manakala CSGO berlangsung selama 2 hari iaitu pada 18 October dan 19 October 2019.
Sukan ML yang berlangsung mendapat penyertaan seramai 120 orang iaitu sebanyak 24 kumpulan daripada pelajar UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun, Kampus Kuala Terengganu, Kampus Bukit Besi  dan juga pelajar  Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah. Pengurus acara diketuai oleh Mohd Amir Hamzah Ab. Ghani dan dibantu oleh pelajar FKE yang juga ahli EESA seramai 12 orang. Para peserta mula berkumpul di Dewan Aspirasi (DA) sejak dari pukul 7.30 pagi dan taklimat bermula pada 8.30 pagi kerana memberi laluan kepada perasmian Hari Sukan Negara dan pelepasan atlit lumba basikal Weather The Storm yang berlangsung pada hari yang sama.
Perlawanan peringkat kumpulan pada sesi pagi bermula jam 9 pagi berlangsung serentak sebanyak 8 perlawanan dan dipertontonkan di skrin besar DA menerusi projektor. Manakala perlawanan separuh akhir dan akhir berlangsung pada sesi petang bermula jam 2 petang. Perlawanan akhir diantara pasukan Team Joki dan Team Public dimana kedua-dua pasukan adalah wakil daripada pelajar UiTMCT Kampus Dungun dimenangi oleh pasukan Team Public. Johan membawa pulang pingat Emas, sijil dan juga hadiah wang tunai. Pingat Perak dimenangi oleh pasukan Team Joki dan Pingat Gangsa dimenangi oleh pasukan Google.
Sukan CSGO pula berlangsung di Makmal blok 14b2 dan 14b3 pada hari Jumaat dan Sabtu. CSGO mendapat penyertaan sebanyak 12 kumpulan daripada pelajar UiTMCT Kampus Dungun, Kampus Bukit Besi dan Kampus Kuala Terengganu. Jumlah penyertaan seramai 60 peserta dimana 1 kumpulan hanya dibenarkan 5 peserta sahaja. Pengurus acara diketuai oleh Dr.Ilham Rustam dan dibantu oleh Mohd Amir Hamzah Ab. Ghani serta urusetia pelajar EESA seramai 10 orang.
Perlawanan peringkat kumpulan berlangsung pada hari pertama bermula jam 8.30 pagi untuk sesi taklimat dan 9 pagi sehingga 12.30 petang untuk memberi laluan solat Jumaat. Perlawanan bersambung pada jam 3 petang dan tamat jam 6 petang. Hari kedua bermula dengan masalah teknikal dimana perlawanan separuh akhir yang dijadualkan berlangsung jam 9 pagi terpaksa di tunda ke sesi petang pada jam 2. Ketiadaan elektrik disebabkan oleh penyelenggaraan menganggu susun atur perlawanan sehinggakan perlawanan akhir terpaksa berlangsung sehingga jam 7 malam. Perlawanan akhir di antara pasukan Rodong, wakil dari UiTMCT Kampus Dungun dengan pasukan Azure, wakil dari UiTMCT Kampus Kuala Terengganu. Johan dimenangi oleh pasukan Azure dan membawa pulang pingat Emas, sijil dan wang tunai. Pingat Perak dimenangi oleh pasukan Rodong dan Pingat Gangsa dimenangi oleh pasukan Glorious Death.

Kembara Ilmu bersama Ustaz Abdul Somad





Oleh : Wan Ahmad Khusairi Wan Chek, Fadhli Dzul Hilmi Mohd Fauzi, Dr. Baktiar Musa (Fakulti Kejuruteraan Elektrik), En Tajulurus Mohammad ( Fakulti Pengurusan Hotel)

15 Febuari 2019 merupakan hari pertama kami berempat memulakan satu ekspedisi bermotosikal bagi mengikuti perjalanan penceramah terkenal dari seberang iaitu Ustaz Abdul Somad (UAS) yang menjelajah Malaysia menerusi siri ceramah beliau. Memandangkan ceramah beliau bermula di negeri Kelantan, maka destinasi pertama konvoi kami menuju ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Konvoi biasanya sinonim dengan kembara berkumpulan yang menggunakan motorsikal berkuasa tinggi, namun kami sedikit berbeza kerana menggunakan motorsikal dari kategori moped.
Tepat jam 830 pagi, kami mula berkumpul di perkarangan stesen minyak Petronas (hadapan SM Sains Dungun) untuk acara pelepasan. Walaupun hanya berempat, namun semangat berkonvoi tetap membara dan berkobar-kobar. Bagi Wan dan Fadhli, ini merupakan pengalaman konvoi pertama yang disertai. Setelah selesai membaca doa bagi memulakan perjalanan, maka deruan enjin motoraikal mula bergema dan perjalanan konvoi kami pun bermula.



Perhentian pertama kami adalah di sekitar daerah Marang kerana kami semua ‘skip’ makan pagi bersama keluarga. Chief de Mission kami, En Tajul mencadangkan untuk berhenti menjamu selera di kedai nasi dagang 30 tahun. Saya akui itu merupakan pertama kali saya mengetahui akan kewujudan kedai nasi dagang tersebut. Menarik nama panggilan kedai it’s. Sesudah selesai menjamu selera, konvoi diteruskan.

Dalam jam 1.00 tengahari, kami sampai di Kuala Besut. Kami behenti sekejap untuk makan tengah hari. Kami memilih untuk makan nasi ayam di sebuah kedai yang terletak berhampiran pasar pagi Kuala Besut. Harga nasi ayam di situ agak murah dan yang penting mengenyangkan kami. Alhamdulillah, syukur.


Perjalanan direntasi dan kami sampai di rumah penginapan di Kota Bharu sekitar jam 3.30 petang. Penginapan yang di tempah oleh En Tajul agak selesa dan selamat kerana berpagar. Setelah berehat dan menyegarkan badan, kami terus bergerak menuju ke Stadium Sultan Mohamad ke - 4 untuk menyertai ceramah Ustaz Abdol Somad (UAS). Kami keluar awal kerana memang menjangkakan kesesakkan berlaku memandangkan ribuan orang yang memenuhi stadium tersebut.



Kami sampai di sekitar perkarangan agak awal, namun kawasan stadium sudah pun sangat meriah dipenuhi dengan orang ramai yang berpusu-pusu. Juga terdapat pelbagai gerai jualan. Menantikan program bermula, kami mengambil kesempatan untuk menjamu selera rerlebih dahulu. Sebaik sahaja masuk waktu Maghrib, kami semua menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di padang stadium tersebut. Setelah selesai menunaikan solat kami bergegas mencari lokasi yang strategik untuk mendengar ceramah dari Ustaz Abdol Somad.


Usai ceramah, kami singgah untuk minum malam di sebuah kedai berhampiran Wakaf Che Yeh. Di situ, kami perbincangan tentang aturacara perjalanan untuk keesokan harinya. Mengikut jadual, destinasi UAS yang seterusnya adalah kuliah subuh di Pasir Puteh dan seterusnya di Perak. Setelah selesai  minum malam kami pun pulang ke rumah penginapan kami untuk melelapkan mata.

Wednesday, 30 October 2019

Istiadat Konvokesyen UiTM Cawangan Terengganu ke-91




Disediakan oleh Siti Aishah Che Kar

Pada 30 hingga 31 Oktober 2019 yang lalu telah berlangsung istiadat Konvokesyen yang ke-91 bagi UiTM Cawangan Terengganu bertempat di Dewan Aspirasi, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun. Terdapat empat sesi sidang yang berlangsung pada kedua-dua hari tersebut di mana sesi sidang petang pada 30 Oktober 2019 melibatkan lepasan pelajar diploma dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) kampus Dungun, Terengganu.

Seramai 249 orang graduan dari FKE yang telah diraikan dalam majlis tersebut yang terdiri daripada 25 orang graduan daripada Diploma Kejuruteran Elektrik (Kawalan & Instrumentasi), 130 orang graduan dari Diploma Kejuruteran Elektrik (Elektronik) dan seramai 94 orang graduan dari Diploma Kejuruteran Elektrik (Kuasa). Majoriti graduan yang diraikan pada sesi kali ini adalah pelajar kemasukan sesi 1 2016/2017. Manakala seramai 19 orang pensyarah FKE hadir dalam sesi tersebut bagi meraikan kejayaan semua graduan terbabit.

Konvoskeyen kali ini juga mencatatkan sejarah manis kepada FKE kerana seorang pelajar dari FKE, Siti Nurul Amirah Afrina binti Sheikh Mohd Rosdi telah dianugerahkan dua anugerah pencapaian akademik iaitu Anugerah Graduan Terbaik Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Anugerah Graduan Terbaik Program bagi program Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) manakala seorang lepasan diploma dari FKE, UiTM Terengganu Ahmad Syakirin bin Ismail@Rosdi telah dianugerahkan Anugerah Kedoktoran Tuanku Canselor dalam konvokesyen yang berlangsung di UiTM Shah Alam. Beliau merupakan pelajar lepasan diploma dari FKE, UiTM Terengganu seterusnya menyampung pengajian hingga ke peringkat Doktor Falsafah di FKE, UiTM Shah Alam
Tahniah pada semua pelajar, para pensyarah, staf sokongan dan ibu bapa serta keluarga pelajar di atas kejayaan ini. Semoga kejayaan ini dapat memberi inspirasi dan FKE terus akan menempa kejayaan yang lebih manis dengan kerjasama dan dukungan semua pihak.
Sekalung Tahniah….

STEM @ UiTM TERENGGANU




Disediakan oleh: Norhidayatul Hikmee Mahzan, Shaiful Bakhtiar Hashim, Dr. Baktiar Musa, Nurul ‘Uyun Ahmad, Norizan Mohamad, Mohd Fadzli Ismail dan Mohamad Taib Miskon.

Perkataan STEM adalah berasal daripada singkatan SMET iaitu Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi. Kemudian, National Science Foundation (NSF) meringkaskan pula kepada STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) bagi memudahkan penyebutan dan memantapkan maknanya bagi setiap elemen.

Di UiTM Cawangan Terengganu, unit STEM diketuai oleh Dr Baktiar Musa sebagai Penyelaras dan dibantu oleh Norhidayatul Hikmee Mahzan, Shaiful Bakhtiar Hashim, Nurul ‘Uyun Ahmad, Norizan Mohamad, dan Mohamad Taib Miskon sebagai Fasilitator yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah bagi ketiga-tiga kampus (Dungun, Bukit Besi dan Chendering). Terdapat juga mentor mentee dari kalangan pelajar-pelajar dari ketiga-tiga kampus bagi membantu program-program dibawah unit STEM ini.

Terdapat banyak program-program yang telah dijalankan dibawah unit STEM ini. Sebagai permulaannya ialah dengan menghantar seramai 5 orang pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik ke Petrosains untuk menghadiri bengkel “Design Thinking Innovation Bootcamp” pada 30/01/2018 - 01/02/2018. Pelajar-pelajar ini akan dilatih dengan pelbagai kemahiran berfikir dan juga kemahiran menyelesaikan masalah. Setelah selesai menghadiri bengkel ini, 5 orang pelajar ini akan melatih rakan-rakan lain dalam program “Training of Trainer (ToT)” bagi mewujudkan satu kumpulan pelajar yang besar untuk unit STEM di UiTM Cawangan Terengganu.

Antara program-program lain yang telah dilaksanakan dibawah unit STEM adalah seperti berikut:

School Bootcamp for RBTX 2018 Challenge
Training of Trainer for STEM Rangers
Petrosains RBTX 2018 Challenge (Qualification Zone)
Bengkel Arduino di SMK Teja Putra
Petrosains RBTX 2018 Challenge (Grand Final)
Program STEM di SMK Paka
Hari Kokurikulum dan STEM 2019 di SMK Balai Besar
Program STEM FKK Bukit Besi Bersama SMK Bukit Besi
Jalinan Kerjasama (bidang Matematik) bersama SM Sains Dungun
Program STEM FKM Bukit Besi Bersama SMK Kompleks Rantau Abang

Program yang terbesar dibawah unit STEM adalah “Hari Mentor Mentee @ UiTMCT” dimana program ini melibatkan kerjasama antara Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, UiTM Cawangan Terangganu dan juga 9 buah sekolah yang merupakan sekolah angkat UiTM Cawangan Terengganu. Program ini telah dilaksanakan di Dewan Aspirasi, UiTM Kampus Dungun. Selain daripada itu juga, STEM UiTM Cawangan Terengganu juga terlibat dalam menjayakan program “Minggu Sains Negara” yang telah dianjurkan oleh pihak Pusat Sains Kreativiti Terengganu (PSKT) selama 2 tahun berturut-turut.

Program-program yang telah dijalankan dibawah unit STEM ini adalah untuk memupuk minat dikalangan pelajar-pelajar sekolah dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

Penganjuran sukan sempena Hari Sukan UiTMCT Berjaya

Disediakan oleh: Abdul Hafiz Bin Kassim, Muhd Azri Bin Abdul Razak

Dungun – Sempena dengan pelancaran Bulan Sukan Negara pada Oktober 2019, Kelab Pensyarah FKE UiTMCT telah bekerjasama dengan Kelab EESA dan HEP dalam menganjurkan program Hari Sukan UiTMCT. Program tersebut telah diadakan bermula 11 hingga 19 Oktober. Program ini terbuka kepada semua staf dan pelajar UiTMCT serta jemputan daripada wakil industri dan sekolah-sekolah berhampiran. Pihak Kementerian Belia dan Sukan Negeri Terengganu juga turut bermurah hati menaja hadiah-hadiah bagi pemenang-pemenang daripada acara-acara yang dipertandingkan. Terdapat 11 acara yang dipertandingkan dalam program Hari Sukan UiTMCT yang melibatkan sebanyak 631 penyertaan. Acara-acara tersebut boleh dirujuk pada Jadual 1.

Jadual 1 : Jumlah peserta bagi acara-acara program Hari Sukan UiTMCT

Bil.
Acara
Jumlah Peserta
1.
Badminton Beregu Lelaki
32
2.
Badminton Beregu Perempuan
32
3.
Futsal Lelaki
112
4.
Futsal Perempuan
36
5.
Ping Pong Beregu Lelaki
26
6.
Ping Pong Beregu Perempuan
18
7.
Bola Jaring
108
8.
Carom
20
9.
e-Sport (mobile legend)
120
10.
e-Sport (CS-GO)
60
11.
10-pin Bowling (individu)
67

Jumlah
631

Objektif utama penganjuran ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara semua staf dan pelajar UiTMCT. Selain daripada itu pertandingan ini juga diharap dapat memupuk semangat kesukanan yang tinggi dan membentuk peribadi dan sahsiah diri yang baik. Dari penganjuran ini juga, bakat baru dapat dicungkil dari kalangan staf dan pelajar. Ini memberi banyak pilihan kepada jurulatih untuk memilih pemain-pemain bagi mewakili staf dan pelajar, masing-masing dalam pertandingan Karista dan Karisma. Pencarian bakat-bakat baru ini sangat penting sebagai pelapis kepada pemain-pemain yang sedia ada dan secara langsung dapat menaikkan nama UiTMCT di peringkat yang lebih tinggi.

Bagi menjayakan program ini, seramai 27 orang staf FKE, seorang sukarelawan (Polis Bantuan UiTMCT) dan 90 urusetia dari kalangan pelajar telah dilantik. Program Hari Sukan UiTMCT pada tahun 2019 adalah edisi yang kedua selepas edisi yang pertama diadakan pada November 2018 dengan jumlah acara dan kapasiti urusetia yang kecil. Hasil sambutan daripada edisi yang pertama, pihak penganjur dapat menambah jumlah acara serta mendapat bantuan alat-alat teknikal daripada HEP dan Unit Sukan UiTMCT. Juteru itu, kualiti penganjuran dan pengurusan dapat ditambah baik disamping mendapat maklum balas positif daripada peserta-peserta program yang mahu program ini diteruskan sebagai program tahunan.

Monday, 21 October 2019

Pelaksanaan Modul Celik Fikir Sesi 1 2019/2020 (Minggu Interim)







Disediakan oleh: Ku Siti Syahidah Ku Mohd Noh, Nooradzianie Muhammad Zin & Najwa Nasuha Mahzan

Pada 25 Julai 2019 bertempat di Dewan Kuliah Anggerik, UiTM Kampus Dungun telah berlangsung sesi perkongsian mengenai “Mengapa Perlu Berfikir?” dan “Asas Berfikir Kreatif”. Seramai tiga orang Fasilitator dan 90 orang pelajar baru terlibat bagi slot ini.

Modul ini diperkenalkan bagi menghasilkan pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar. Selain itu, melatih pelajar untuk berfikir secara kritis sesuai dengan pendekatan universiti bagi menjadikan graduan diploma UiTM ini terus bersedia untuk memasuki dunia pekerjaan dan bukan hanya menjadi ‘feeder’ kepada program ijazah untuk universiti semata-mata.

Di dalam sesi perkongsian ini, beberapa aktiviti telah diadakan seperti Jom Berfikir, Kahoot! dan Si Hitam & Si Putih. Namun, pelajar telah diberi tugasan yang lebih mencabar untuk disempurnakan iaitu samada mencipta lirik lagu, logo, poster atau video pendek. Objektif tugasan adalah untuk memupuk semangat bekerja dalam kumpulan serta menggalakkan pelajar untuk meneroka daya imaginasi, kreativiti dan seterusnya meluahkan idea-idea mereka. Setiap tugasan pelajar akan dinilai oleh Fasilitator untuk melihat sejauh mana keberkesanan Modul Celik Fikir ini dilaksanakan. 

CLINIC DAY 2 FOR LINEAR (ESE241)


Written by: Najwa Nasuha Mahzan, Suziyani Rohafauzi
As scheduled and continued from 1st series of Clinic Day for Linear subject (ESE241), Clinic Day 2 Linear subject was held on 17th May 2019 at Dewan Jasmin, UiTM Terengganu Branch, Dungun Campus. For this time as well, students in part 4 were obligated to attend the program. Based on Test 1 performance, almost 75% students were able to get pass mark. Hence, for this series, mentor-mentee concept was introduced where mentor was chosen amongst outstanding students. 

This program was facilitated by two lecturers who were Miss Suziyani Rohafauzi and Madam Najwa Nasuha Mahzan. They were assigned as facilitators who helped the students when mentor could not answer questions asked by the mentees. The main purpose of this Clinic Day 2 is to prepare the students for their coming Test 2. In the Test 2, Chapter 3 & Chapter 4 will be covered. Similar like previous clinic day, a module had been set to the students to answer during the clinic day session. In the end of the program, students were asked to submit the answer sheets to the facilitators.

By having this program, hopefully students could answer well in their Test 2 as well as in their final examination. Although in the last two chapters (Chapter 3 & Chapter 4) have a lot of mathematical work to do, all the tips to understand and solve the questions properly had been taught by the facilitators in the session.

CLINIC DAY 1 FOR LINEAR (ESE241)



Written by: Najwa Nasuha Mahzan, Suziyani Rohafauzi, Nik Nur Shaadah Dzulkefli

On 29th March 2019, Clinic Day 1 for Linear subject (ESE241) was held at Dewan Jasmin, UiTM Terengganu Branch, Dungun Campus. All students in part 4 for both courses (EE111 & EE112) attended the clinic day. The program was made compulsory to the students by referring to the previous semesters, Linear subject has been one of the hardest subject for students to attain pass during their final examination. Attendance recorded was surprisingly good where 80% of the students joined.

This program was led by Miss Suziyani Rohafauzi and assisted by two lecturers who were Madam Najwa Nasuha Mahzan and Madam Nik Nur Shaadah Dzulkefli. The main purpose of the program is to prepare the students for their Test 1. Lecturers who were assigned as facilitators in the program were quickly briefed Chapter 1 to Chapter 2 (covered in Test 1) to the students. All tips and tricks for each sub-topic in both chapters were explained to the students as well. Furthermore, right techniques to answer questions in the test were discussed in the program.

Students were provided related module which involved both chapters. The module is basically a list of revised questions from past final examinations. Students were asked to answer and finish all the questions during the program session with the help from facilitators. At the end of the program, all students were required to submit the answer sheets to the facilitators.

The program would be continued to the next series which was scheduled to be held on May 2019 before Test 2. It is hoped that this program would give significant impact to the students especially in answering Test 1 successfully. Upon completing this program, few improvements were highlighted and would be implemented in the next series.


Tuesday, 1 January 2019

Laporan Pertandingan Student Innovation, Invention and Design Exhibition (SIIDE) 2018





Tajuk Program/Projek:  Student Innovation, Invention and Design Exhibition (SIIDE) 2018
Tarikh Perlaksanaan:    23 November 2018                         
Tempat:       Dewan Tamingsari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah
Penganjur:   Faculty of Bussiness and Management UiTM Cawangan Melaka and MPC
Nama Ketua Kumpulan:       Muhammad Hafiz bin Kamaruzaman
Nama Penasihat:                  Puan Siti Sara Binti Rais
Pensyarah Pengiring:           Cik Suziana binti Omar  

Sebanyak empat (4) projek yang telah dibimbing oleh empat orang penyelia telah dipertandingkan di SIIDE 2018. Jadual 2 adalah senarai peserta beserta tajuk projek dan projek yang dimenangi. Penyertaan pertandingan ini disertai daripada pelbagai institusi termasuk politeknik, kolej komuniti dan UiTM pelbagai kampus. Terdapat dua (2) kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori A  Mobile Apps dan Kategori B Open Category.


Jadual 2: Senarai peserta dari FKE UiTMCTKD
Nama pelajar (pasukan)
Tajuk projek
SUPERVISOR
Pingat
Muhammad Hafiz bin Kamaruzaman
Muhammad Asyraf bin Shaari
Nursyazwani binti Zulkifli
Innovative Dustbin
Mrs Siti Sara Rais  Bronze
Muhammad Syakir Aiman Bin Khairul Azman
Muhammad Syafiq Syazwan Bin Nordin
Mohammad Nasrul Faiz Bin Ismail
Vehicles Solar Powered Ventilation System At Open Car Park
Mrs Rina Abdullah
 Penyertaan
Aqil Faisal Bin Abdul Malek
Arif Bin Mohd Nazril
Siti Nur Syafira Binti Sahifuldin
Smart Attendance System Using RFID
Mrs Nik Nur Shaadah Nik Dzulkefli
 Penyertaan
(Tidak mendapat penajaan AAP)

Ms Suziana Omar
 Silver








Disediakan oleh:
Siti Sara binti Rais