Tuesday 1 August 2017

Pesisir Dungun


Pesisir Dungun
Amat indah
Indah sungguh dirimu
Seluas langit pemandangan
Sejuk mata jatuh ke hati

Malam hari
Berkelip kelip bot
Si nelayan mencari sesuap nasi
Tika marah bergulung-gulung
Habis ditelan pasir
Menghamburkan kembali pada yang bukan hak

Tika aman bersinar
Mata tak berkelip memandangmu
Ah cantik sungguh dirimu
Pantai Dungun
Hadiah daripadaNya

Untuk sang hamba bersyukur


Disediakan oleh: Siti Aishah Che Kar

Thursday 1 June 2017

Apa beza Unifi dan Streamyx?








Streamyx ialah sebuah perkhidmatan Internet jalur lebar talian tetap yang paling dominan di Malaysia yang disediakan oleh Telekom Malaysia (TM Bhd). Manakala Unifi merupakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang terbaru diperkenalkan oleh TM Malaysia. Persoalannya adalah apakah beza diantara kedua dua perkhidmatan jalur lebar ini? Perbezaan yang ketara antara kedua-duanya adalah dari segi kelajuan/kepantasan penghantaran dan penerimaan data. Unifi lebih laju/pantas berbanding Streamyx. Kadar kelajuan Unifi yang ditawarkan adalah sebanyak 10 Mbp,30 Mbps,50 Mbps dan 100 Mbps. Manakala kelajuan streamyx hanyalah pada 1 Mbps,2 Mbps,4Mbps dan 8Mbps.

Kenapa Unifi lebih laju/pantas berbanding Streamyx? Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbezaan teknologi yang digunakan.Teknologi yang dimaksudkan adalah (medium pengantaraan) penghantaran dan penerimaan data. Unifi menggunakan kabel fiber optik (gentian kaca) sebagai medium utamanya manakala Streamyx hanya menggunakan kabel tembaga (cooper) sebagai medium perantaranya. Kabel tembaga (copper) menghantar arus elektrik, manakala teknologi fiber optik menghantar denyutan cahaya yang dihasilkan oleh laser di sepanjang fiber optik. Oleh sebab itulah, fiber optik boleh memindahkan lebih banyak data pada jarak yang lebih lama berbanding  kabel tembaga (copper). Penggunaan kabel fiber optik adalah lebih cepat dan pantas daripada kebanyakan medium penghantaran lain. Selain itu, penggunaan kabel fiber optik juga dapat mengurangkan kehilangan kuasa (power loss) semasa proses penghantaran dan penerimaan data. Menurut Telekom Malaysia, “Uni” membawakan maksud kesatuan atau perpaduan, dan “Fi” adalah singkatan bagi fiber optik. Dan gabungan kedua-duanya membawakan UniFi yang membawakan maksud bersatu bersama fiber optik iaitu ke arah gaya hidup digital.

Pemasangan Streamyx boleh dilakukan diseluruh kawasan termasuk kawasan pendalaman (kampung) tetapi tidak untuk Unifi. Biasanya Unifi hanya berada di kawasan yang pesat membangun seperti di bandar-bandar besar atau  di kawasan perumahan elit sahaja.


Disediakan oleh: Rina Abdullah

Wednesday 31 May 2017

LAPORAN MISI SELANGKAH KE UiTM 2017 UiTM CAWANGAN TERENGGANU KAMPUS DUNGUN

PENGENALAN

Program Misi Selangkah ke UiTM adalah satu program usahasama di antara kampus induk dan seluruh kampus-kampus cawangan UiTM di seluruh negara. Ia dijalankan selari dengan proses pengambilan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pelajar sekolah bagi peperiksaaan SPM 2016.

OBJEKTIF

Objektif utama misi ini adalah untuk mempromosikan kursus-kursus pengajian di setiap peringkat yang ditawarkan di UiTM seluruh negara kepada pelajar-pelajar sekolah. Selain itu, program ini membolehkan calon pelajar melihat kesesuaian program pengajian yang diminati dengan hasil keputusan SPM 2016 mereka. Ini secara tidak langsung dapat membantu mereka ketika membuat permohonan ke Unit Pusat Universiti (UPU), Kementerian Pengajian Tinggi, bagi proses pelanjutan pengajian mereka kelak.

TENTATIF SELANGKAH KE UiTM 2017

16 Mac 2017 (Khamis)
8.00 pagi     : Persiapan kaunter pertanyaan dan ahli jawatankuasa.
9.00 pagi     : Perasmian majlis pengambilan keputusan SPM 2016 oleh Pengetua sekolah dan wakil- wakil pusat pengajian tinggi.
10.00 pagi   : Pengambilan keputusan SPM 2016 dan kaunter pertanyaan dibuka.
2.00 petang : Upacara ditamatkan dan kaunter ditutup.

AHLI JAWATANKUASA UNIT KORPORAT DAN MISI AKADEMIK


Ahli Jawatankuasa Unit Korporat dan Misi Akademik
Penasihat
Hasrul Hafiz
Dr Zulzilawati
Ketua Unit Pelaksanaan
Dr Ilham


AKTIVITI MISI SELANGKAH KE UiTM

Pada 16 Mac 2017, Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM cawangan Terengganu kampus Dungun telah menjalankan program “Selangkah ke UiTM 2017” di tiga (3) sekolah berhampiran. Sekolah terlibat adalah Sekolah Menengah Sains Dungun, Sekolah Menengah Balai Besar dan Sekolah Menengah Intan Zaharah.



KEBERHASILAN PROGRAM MISI SELANGKAH KE UiTM

Keberhasilan program ini menyaksikan seramai 60 orang pelajar telah menandatangani buku log yang diletakkan di setiap kaunter pertanyaan menunjukkan minat yang tinggi ke atas pelbagai bidang pengajian yang ditawarkan oleh UiTM. Seramai 20 orang pensyarah telah terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini di setiap sekolah. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah program ini telah dijalankan dengan jayanya beserta keterlibatan dan minat yang tinggi oleh  semua pihak terbabit.


Disediakan oleh: Dr Ilham Bin Rustam

Ringkasan Organisasi dan Program Anjuran Kelab EESA sepanjang 2015 dan 2016.


Electrical Engineering Student Association (EESA) merupakan kelab yang dianggotai oleh para pelajar Fakulti Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM Terengganu Kampus Dungun. Manakala pensyarah fakulti bertindak sebagai penasihat kelab. Kelab EESA diterajui oleh penasihat kelab bersama Majlis Tertinggi yang terdiri daripada pelajar Kejuruteraan Elektrik berdasarkan jawatan-jawatan berikut:-
-         Penasihat Kelab
-         Yang Dipertua
-         Naib Yang Dipertua
-         Setiausaha
-         Bendahari
-         Ketua-ketua Biro
-         AJK Biro
-         Ahli Kelab

Semua pelajar Kejuruteraan Elektrik menjadi ahli Kelab EESA secara automatik. Kelab EESA telah menganjurkan pelbagai program dan aktiviti untuk para pelajar. Program-program yang dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan pembangunan dan kemahiran insaniah pelajar iaitu daripada segi akademik, keusahawanan, kerohanian, sukan, khidmat masyarakat dan lain-lain. Berikut merupakan antara program dan aktiviti yang telah berjaya dianjurkan sepanjang tahun 2015 dan 2016:-


2015
2016
-Annual General Meeting 2015
-Annual General Meeting 2016
-Semester General Meeting 2015
-Semester General Meeting 2016
-Majlis Pertemuan AJK dengan semua pelajar Part 1
-Majlis Pertemuan AJK dengan semua pelajar Part 1
-Pengambilan AJK Baru EESA
-Pengambilan AJK Baru EESA
-Program ‘Training of Trainers’ untuk AJK Baru EESA 2015
-Program ‘Training of Trainers’ untuk AJK Baru EESA 2016
-Jualan Baju Korporat EESA dan ‘Lab Coat’
-Jualan Baju Korporat EESA dan ‘Lab Coat’
-Majlis Makan Malam FKE 2015
-Majlis Makan Malam FKE 2016
-Forum ilmiah bersama jemputan Jurutera TNB dan ustaz yang bertajuk ‘Muslim Engineer: For A Better Future’
-Sukan FKE: ‘Engineering Day’
-Pertandingan ‘Robot Arena’
-Pertandingan ‘Explorace’
-Kutipan derma untuk pelajar FKE yang kematian ibu/bapa
-Pertandingan Catur
-‘Familly Day EESA’ dan Majlis   Perpisahan AJK senior ‘Part 5’ EESA
-Kuiz Sains
-Majlis Restu Ilmu, iaitu majlis solat hajat bersama pelajar-pelajar UiTM sempena menghadapi peperiksaan akhir
-Spell It Right Contest: khidmat masyarakat dengan membahagi-bahagikan nasi lemak percuma kepada pelajar melalui Pertandingan ‘Spell It Right’

-Jualan Gerai Pameran FYP

-Food Court EESA’s Corner: kontrak berniaga air di cafĂ© Redang setiap hari.

-Jualan gerai air untuk Sukan Kolej di Stadium UiTM

-Membuat rekaan baju t-shirt kelab dan membuat jualan kepada pelajar FKE

-Membuat rekaan tali penggantung ‘badge’ dan membuat jualan kepada pelajar FKE


Disediakan oleh: Nazuha Fadzal

MENITI KUNJUNGAN RAMADHAN



Malam itu tepat 15 Sya’aban, malam yang sudah dikenali umum iaitu Malam Nisyfu Sya’ban. Kebanyakan masjid di sekitar Terengganu ini, penuh sesak pada waktu Maghrib, berjemaah membaca Yassin. Dan esoknya, merupakan penghulu segala hari, Jumaat yang mulia bagi mereka yang senantiasa berpuasa di hari-hari putih. Tetapi aku, seperti hari-hari biasa, hanya menanti kunjungan Ramadhan untuk berpuasa. Seolah-olah penitian ramadhan tahun ini pasti kujejaki hingga ke akhirnya.

Sebentar tadi, baharu sahaja aku membaca mesej di dalam “whatsapp”… seorang doktor pediatric HUSM baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang selepas bekerja “on-call”. Inna lillahi wainna ilaihi raji’un. Semoga arwah tenang di sana, selayaknya dengan Firman Allah S.W.T:
 “Wahai jiwa yang tenang! (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu (29), dan masuklah ke dalam syurgaKu (30).” (Al-Fajr 27-30)

Aku langsung tidak mengenali arwah. Tetapi melihat gambarnya bersama suami dan anak-anak yang ditinggalkan untuk menuju ke barzakh seketika nanti dan ditambah pula dengan nukilan suami tersayang, membuatku sungguh terharu. Arwah telah pergi dalam keadaan suaminya yang penuh redha. Adakah yang paling bernilai buat isteri selain redha suami? Tiada. Bahkan, redha Allah seorang isteri itu terletak dihati suaminya.

Saat ini, aku masih meniti waktu. Mengharapkan Ramadhan tahun ini akan kulalui. Tetapi, adakah esok masih ada buatku?





Coretan: Nuraiza Ismail

Tuesday 30 May 2017

Kejohanan Piala Rektor 2016

Mohd Aldrin B Ali
Pengarah Program 2
Futsal Piala Rektor UiTMT 2016


Barisan AJK Piala Rektor FKE 2017
Kejohanan Futsal Piala Rektor adalah kejohanan futsal dwi-tahunan yang diadakan khas untuk penyertaan daripada kalangan staf UiTM Terengganu; Kampus Dungun, Bukit Besi dan Chendering. Pada kali ini, kejohanan diadakan di Beach Court Futsal Dungun dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik bertanggungjawab dalam  melaksanakan acara kejohanan . 

Acara tahunan yang diadakan pada 19 November 2016 itu disertai oleh 16 pasukan sepertimana berikut:


SENARAI PASUKAN
Perpustakaan
Pengurusan Dapur Hotel (Hotel Staf)
Pengurusan Hotel (Hotel Oren)
Kelab Akademik/HEA/ACIS
Polis Bantuan 1
FKE 1
Polis Bantuan 2
FKE 2
Chendering A
Bukit Besi 1
Chendering B
Bukit Besi 2
BPF
HEP/KOLEJ
ROTU
INTEGRITI – Pentadbiran,Kewangan, PJI dan InfoTech

Kejohanan futsal ini telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Sasaran penyertaan adalah menepati jangkaan dan objektif program telah dapat dicapai sepenuhnya. Kejohanan ini telah dimenangi oleh pasukan dari UiTM Bukit Besi A yang menewaskan pasukan FKE 1  dengan membawa pulang piala pusingan dan wang tunai. Saudara Ahmad Izzat B Mod Arifin dari FKE 1 diumumkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan. Kejohanan telah dirasmikan dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Rektor (HEP) UiTM Terengganu, En Azahari B Abdul Aziz dan Mejar PM Ustaz Zaid B Ngah.
Pasukan yang berjaya ke peringkat akhir



Keputusan rasmi Futsal Piala Rektor 2016
Juara
Bukit besi 1
Naib juara
Fke 1
Ke 3 bersama
Pb 1& Hotel Staf
Penjaring terbanyak
En. Ahmad Izzat B. Mod Arifin (FKE)