Tuesday 6 November 2012

Polimer Termaju dalam Bidang Perubatan


Polimer digunakan secara meluas dalam bidang perubatan. Peralatan perubatan atau biobahan pada awalnya telah diterokai sejak setengah abad yang lalu tetapi penghasilan produk berunsurkan polimer hanya meluas baru-baru ini. Sebagai contoh, biobahan digunakan dalam bidang perubatan moden mula berkembang dengan penemuan oleh Dr J. Lister pada tahun 1860. Kajian dalam bidang pergigian itu telah membuatkan penggunaan biobahan semakin popular. Biobahan digunakan untuk membuat peralatan bagi menggantikan sebahagian atau keseluruhan fungsi badan dalam keadaan selamat, dapat dipercayai, menguntungkan dan mengandungi perihal fisiologi yang boleh diterima oleh semua orang. Biobahan boleh didefinisikan dengan mudah sebagai bahan sintetik yang digunakan untuk menggantikan sebahagian daripada sistem tubuh badan yang berkait rapat dengan tisu hidup. Selain itu, ia juga bermaksud bahan sintetik yang berhubung dengan tisu, darah dan cecair biologikal, dan digunakan untuk prostetik, diagnostik, terapeutik tanpa memberi kesan kepada organisma hidup dan komponen-komponennya.
Bahan polimer sintetik digunakan secara meluas oleh pembekal perubatan pakai buang, bahan anggota palsu (prosthetic), bahan pergigian dan implan. Terdapat banyak kebaikan penggunaan polimer dalam bidang perubatan. Antara kebaikan penggunaan polimer biobahan ialah memudahkan proses mereka bentuk bahan dalam produk tertentu, boleh direka bentuk berulang-ulang kali, kos yang murah dan sentiasa memenuhi sifat mekanik dan fizikal sesuatu bahan. Disamping itu, polimer biobahan tidak menghasilkan toksik dalam badan manusia dan tidak memudaratkan kesihatan manusia. Tambahan pula polimer biobahan lebih bersifat biodegradasi dimana polimer yang digunakan amat bersesuaian dengan metabolisma badan manusia dan mudah dibunuh kuman. Selain itu, penggunaan polimer jenis nilon, silikon, poliester dan politetrafluroetilina dan lain-lain lagi banyak memberikan kebaikan kerana ianya mudah untuk dibentuk manakala bagi polimer jenis GPPS atau (General Purpose Polistirina) pula, ia mempunyai kestabilan suhu, kurang penggunaan warna dan juga mudah untuk dibentuk. Penggunaan Poly(methylmethaacrylate) atau PMMA sebagai polimer biobahan dalam kanta intraocular (IOL) dapat memudahkan pesakit yang mengalami penyakit katarak kerana kanta intraocular (IOL) tidak perlu dikeluarkan atau dibersihkan seperti penggunaan kanta lekap.

Jadual 1.0 menunjukkan beberapa contoh polimer yang kerap kali digunakan dalam bidang kesihatan dan penggunaannya.

Contoh Polimer

Kegunaan
Poly(methylmethaacrylate) PMMA
Kanta lekap keras,  kanta intraocular (IOL),  dasar gigi palsu, membran dialisis darah,
UHMWPE (Ultra high molecular weight polyethylene)

Implan orthopedik, bahagian permukaan sendi palsu
Polietilenaterephthalate (PET)
Arteri palsu, implan kardiovaskular

Poliurethanes (PU)
kateter (tiub yang dimasukkan ke dalam pundi kencing)

Polyhema
Kanta lekap lembut, pembalut bagi surgeri

Polipropilina
Penyambungan jari, injap jantung, bahan jahitan pembedahan, membran oksigen darah,

Silikon
Implan payudara, alat-alat kecantikan
Jadual 1.0  Contoh polimer dan kegunaannya
Disediakan oleh:
Nurul Huda Bt Kamarulzaman
            Siti Musliha Nor Al-Din

Tuesday 5 June 2012

MMU ROBOTIC CHALLENGE WEEK 2011 (ROBOT COMBAT COMPETITION)


Tarikh : 9 -12 Disember 2011
Lokasi : MMU Multimedia University
Ketua Kumpulan : Muhammad Nur Afiq Bin  Mohamad Khir
Nama Penasihat : Mohamad Taib Bin Miskon

Pertandingan ini merupakan pertarungan robot yang turut disertai oleh para pelajar dari IPTA/IPTS dan kolej-kolej kemahiran seluruh negara. Robot yang dicipta akan bertarung antara satu sama lain dan mana-mana robot yang boleh memusnahkan atau menyebabkan kerosakan pada pasukan lawan akan dikira pemenang. Justeru robot-robot yang dibina haruslah mempunyai daya tahan yang tinggi untuk menghadapi serangan dari pihak lawan dan membuat serangan balas. UiTM Terengganu tidak ketinggalan untuk turut serta dalam pertandingan ini dengan menghantar tiga pasukan untuk ‘berperang’ di MMU.

Proses perancangan dan latihan:

Mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam kuliah untuk menyelesaikan masalah 
Proses pembinaan kerangka robot:

Pengiraan berdasarkan prinsip Fizik perlu digunakan untuk menghasilkan kerangka yang stabil
Proses menyiapkan litar elektronik:

Menghasilkan litar elektronik sangat menguji pengetahuan dan skill para pelajar. Mata pelajaran elektronik dan teori litar perlu difahami dengan baik. 


Proses pemasangan:

Menggabungkan kerangka mekanikal dan litar elektronik. Litar perlu dilindungi agar tidak terdedah kepada serangan lawan 

Walaupun pasukan UiTM Terengganu belum memenangi pertandingan ini, para peserta tidak berputus asa malah semakin bersemangat untuk bertanding lagi pada sesi akan datang. Banyak pengajaran yang diperoleh sepanjang proses menyiapkan robot termasuk melatih  peserta dalam kerja berpasukan, saling tolong -menolong, meningkatkan pengetahuan teknikal dan mendedahkan cara penggunaan pelbagai instrumentasi dengan lebih cekap.

Disediakan oleh:
Mohamad Taib Miskon

Final Year Project Exhibition and Competition, Faculty of Electrical Engineering UiTM Terengganu

On 29 February 2012, Faculty of Electrical  Engineering (FKE) UiTM Terengganu organized one final year project exhibition and competition.  The objectives of this exhibition were to expose and give first experience to students and lecturers before joined other engineering exhibition & competition. The participants were final semester students in diploma in Electrical Engineering from Dungun campus. Each group consists of maximum three students produce one final product in electrical engineering field. Sixty projects were exhibited on the day but only thirty selected projects were assessed to determine the top ten best project in the competition. External panels from nearby Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun and experience lecturers from UiTM were invited to judge the competition. This exhibition was open to all UiTM members such as students, lecturers, staffs and also invited school students and public people. The event got positive feedback from participants and staffs. They hope this event will be held annually in promoting innovation and creativity culture in UiTM Terengganu.



Prepared by:
Siti Aishah Che Kar
FYP2 Coordinator

LAWATAN INDUSTRI PELAJAR SEMESTER 6 BAGI SUBJEK ESE 361 & ESE 362


Tarikh:
15-17 Februari 2012

Tempat:
Makmal Kejuruteraan Kimia UiTM Shah Alam
Makmal Kejuruteraan Elektrik UiTM Shah Alam
Megasteel Sdn Bhd, Banting, Selangor


Aktiviti ini dijalankan sebagai pendedahan awal kepada pelajar-pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan Elektrik (Instrument) EE113 kepada persekitaran industri. Melalui lawatan industri ini, diharapkan pembelajaran kelas menjadi lebih lancar dan mudah difahami dengan mengaplikasikan pengalaman yang diperolehi melalui lawatan ke dalam proses pembelajaran. Sepanjang lawatan industri, para pelajar telah diperkenalkan dengan teknologi yang digunakan dalam bidang Kawalan Proses (Prosess Control) dan rangkaian SCADA (Supervisory Control and Data Acqusition System).

Lawatan di Makmal Kejuruteraan Kimia (Proses Control)

Lawatan di Makmal Kejuruteraan Elektrik

Lawatan di Megasteel Sdn Bhd

Disediakan oleh:
Nurbaiti Wahid