Tarikh : 9 -12 Disember 2011
Lokasi : MMU Multimedia University
Ketua Kumpulan : Muhammad Nur Afiq Bin Mohamad Khir
Nama Penasihat : Mohamad Taib Bin Miskon
Pertandingan ini merupakan pertarungan robot yang turut disertai oleh para pelajar dari IPTA/IPTS dan kolej-kolej kemahiran seluruh negara. Robot yang dicipta akan bertarung antara satu sama lain dan mana-mana robot yang boleh memusnahkan atau menyebabkan kerosakan pada pasukan lawan akan dikira pemenang. Justeru robot-robot yang dibina haruslah mempunyai daya tahan yang tinggi untuk menghadapi serangan dari pihak lawan dan membuat serangan balas. UiTM Terengganu tidak ketinggalan untuk turut serta dalam pertandingan ini dengan menghantar tiga pasukan untuk ‘berperang’ di MMU.
Proses perancangan dan latihan:
Mengaplikasikan
pengetahuan yang dipelajari dalam kuliah untuk menyelesaikan masalah
|
Proses pembinaan kerangka robot:
Pengiraan
berdasarkan prinsip Fizik perlu digunakan untuk menghasilkan kerangka yang
stabil
|
Proses
menyiapkan litar elektronik:
Menghasilkan
litar elektronik sangat menguji pengetahuan dan skill para pelajar. Mata
pelajaran elektronik dan teori litar perlu difahami dengan baik.
|
Proses
pemasangan:
Menggabungkan
kerangka mekanikal dan litar elektronik. Litar perlu dilindungi agar tidak
terdedah kepada serangan lawan
|
Walaupun pasukan UiTM Terengganu belum memenangi pertandingan ini, para peserta tidak berputus asa malah semakin bersemangat untuk bertanding lagi pada sesi akan datang. Banyak pengajaran yang diperoleh sepanjang proses menyiapkan robot termasuk melatih peserta dalam kerja berpasukan, saling tolong -menolong, meningkatkan pengetahuan teknikal dan mendedahkan cara penggunaan pelbagai instrumentasi dengan lebih cekap.
Disediakan oleh:
Mohamad Taib Miskon
#activities
ReplyDelete