Malam itu
tepat 15 Sya’aban, malam yang sudah dikenali umum iaitu Malam Nisyfu Sya’ban. Kebanyakan masjid di sekitar Terengganu ini,
penuh sesak pada waktu Maghrib, berjemaah membaca Yassin. Dan esoknya,
merupakan penghulu segala hari, Jumaat yang mulia bagi mereka yang senantiasa
berpuasa di hari-hari putih. Tetapi aku, seperti hari-hari biasa, hanya menanti
kunjungan Ramadhan untuk berpuasa. Seolah-olah penitian ramadhan tahun ini
pasti kujejaki hingga ke akhirnya.
Sebentar tadi, baharu sahaja
aku membaca mesej di dalam “whatsapp”… seorang doktor pediatric HUSM baru
sahaja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan
pulang selepas bekerja “on-call”. Inna
lillahi wainna ilaihi raji’un. Semoga arwah tenang di sana, selayaknya dengan Firman Allah S.W.T:
“Wahai jiwa yang tenang! (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu (29), dan masuklah ke dalam syurgaKu (30).” (Al-Fajr 27-30)
“Wahai jiwa yang tenang! (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu (29), dan masuklah ke dalam syurgaKu (30).” (Al-Fajr 27-30)
Aku langsung tidak mengenali
arwah. Tetapi melihat gambarnya bersama suami dan anak-anak yang ditinggalkan
untuk menuju ke barzakh seketika nanti dan ditambah pula dengan nukilan suami
tersayang, membuatku sungguh terharu. Arwah telah pergi dalam keadaan suaminya
yang penuh redha. Adakah yang paling bernilai buat isteri selain redha suami?
Tiada. Bahkan, redha Allah seorang isteri itu terletak dihati suaminya.
Saat ini, aku masih meniti
waktu. Mengharapkan Ramadhan tahun ini akan kulalui. Tetapi, adakah esok masih
ada buatku?
Coretan: Nuraiza Ismail
Reviewed by Nur Idawati
ReplyDeleteFormat edited by Mazratul
ReplyDeleteLabel: Non-technical