Wednesday, 31 May 2017

LAPORAN MISI SELANGKAH KE UiTM 2017 UiTM CAWANGAN TERENGGANU KAMPUS DUNGUN

PENGENALAN

Program Misi Selangkah ke UiTM adalah satu program usahasama di antara kampus induk dan seluruh kampus-kampus cawangan UiTM di seluruh negara. Ia dijalankan selari dengan proses pengambilan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pelajar sekolah bagi peperiksaaan SPM 2016.

OBJEKTIF

Objektif utama misi ini adalah untuk mempromosikan kursus-kursus pengajian di setiap peringkat yang ditawarkan di UiTM seluruh negara kepada pelajar-pelajar sekolah. Selain itu, program ini membolehkan calon pelajar melihat kesesuaian program pengajian yang diminati dengan hasil keputusan SPM 2016 mereka. Ini secara tidak langsung dapat membantu mereka ketika membuat permohonan ke Unit Pusat Universiti (UPU), Kementerian Pengajian Tinggi, bagi proses pelanjutan pengajian mereka kelak.

TENTATIF SELANGKAH KE UiTM 2017

16 Mac 2017 (Khamis)
8.00 pagi     : Persiapan kaunter pertanyaan dan ahli jawatankuasa.
9.00 pagi     : Perasmian majlis pengambilan keputusan SPM 2016 oleh Pengetua sekolah dan wakil- wakil pusat pengajian tinggi.
10.00 pagi   : Pengambilan keputusan SPM 2016 dan kaunter pertanyaan dibuka.
2.00 petang : Upacara ditamatkan dan kaunter ditutup.

AHLI JAWATANKUASA UNIT KORPORAT DAN MISI AKADEMIK


Ahli Jawatankuasa Unit Korporat dan Misi Akademik
Penasihat
Hasrul Hafiz
Dr Zulzilawati
Ketua Unit Pelaksanaan
Dr Ilham


AKTIVITI MISI SELANGKAH KE UiTM

Pada 16 Mac 2017, Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM cawangan Terengganu kampus Dungun telah menjalankan program “Selangkah ke UiTM 2017” di tiga (3) sekolah berhampiran. Sekolah terlibat adalah Sekolah Menengah Sains Dungun, Sekolah Menengah Balai Besar dan Sekolah Menengah Intan Zaharah.



KEBERHASILAN PROGRAM MISI SELANGKAH KE UiTM

Keberhasilan program ini menyaksikan seramai 60 orang pelajar telah menandatangani buku log yang diletakkan di setiap kaunter pertanyaan menunjukkan minat yang tinggi ke atas pelbagai bidang pengajian yang ditawarkan oleh UiTM. Seramai 20 orang pensyarah telah terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini di setiap sekolah. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah program ini telah dijalankan dengan jayanya beserta keterlibatan dan minat yang tinggi oleh  semua pihak terbabit.


Disediakan oleh: Dr Ilham Bin Rustam

2 comments: