Wednesday 30 October 2019

Istiadat Konvokesyen UiTM Cawangan Terengganu ke-91




Disediakan oleh Siti Aishah Che Kar

Pada 30 hingga 31 Oktober 2019 yang lalu telah berlangsung istiadat Konvokesyen yang ke-91 bagi UiTM Cawangan Terengganu bertempat di Dewan Aspirasi, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun. Terdapat empat sesi sidang yang berlangsung pada kedua-dua hari tersebut di mana sesi sidang petang pada 30 Oktober 2019 melibatkan lepasan pelajar diploma dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) kampus Dungun, Terengganu.

Seramai 249 orang graduan dari FKE yang telah diraikan dalam majlis tersebut yang terdiri daripada 25 orang graduan daripada Diploma Kejuruteran Elektrik (Kawalan & Instrumentasi), 130 orang graduan dari Diploma Kejuruteran Elektrik (Elektronik) dan seramai 94 orang graduan dari Diploma Kejuruteran Elektrik (Kuasa). Majoriti graduan yang diraikan pada sesi kali ini adalah pelajar kemasukan sesi 1 2016/2017. Manakala seramai 19 orang pensyarah FKE hadir dalam sesi tersebut bagi meraikan kejayaan semua graduan terbabit.

Konvoskeyen kali ini juga mencatatkan sejarah manis kepada FKE kerana seorang pelajar dari FKE, Siti Nurul Amirah Afrina binti Sheikh Mohd Rosdi telah dianugerahkan dua anugerah pencapaian akademik iaitu Anugerah Graduan Terbaik Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Anugerah Graduan Terbaik Program bagi program Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) manakala seorang lepasan diploma dari FKE, UiTM Terengganu Ahmad Syakirin bin Ismail@Rosdi telah dianugerahkan Anugerah Kedoktoran Tuanku Canselor dalam konvokesyen yang berlangsung di UiTM Shah Alam. Beliau merupakan pelajar lepasan diploma dari FKE, UiTM Terengganu seterusnya menyampung pengajian hingga ke peringkat Doktor Falsafah di FKE, UiTM Shah Alam
Tahniah pada semua pelajar, para pensyarah, staf sokongan dan ibu bapa serta keluarga pelajar di atas kejayaan ini. Semoga kejayaan ini dapat memberi inspirasi dan FKE terus akan menempa kejayaan yang lebih manis dengan kerjasama dan dukungan semua pihak.
Sekalung Tahniah….

No comments:

Post a Comment