Monday, 21 October 2019

Pelaksanaan Modul Celik Fikir Sesi 1 2019/2020 (Minggu Interim)







Disediakan oleh: Ku Siti Syahidah Ku Mohd Noh, Nooradzianie Muhammad Zin & Najwa Nasuha Mahzan

Pada 25 Julai 2019 bertempat di Dewan Kuliah Anggerik, UiTM Kampus Dungun telah berlangsung sesi perkongsian mengenai “Mengapa Perlu Berfikir?” dan “Asas Berfikir Kreatif”. Seramai tiga orang Fasilitator dan 90 orang pelajar baru terlibat bagi slot ini.

Modul ini diperkenalkan bagi menghasilkan pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar. Selain itu, melatih pelajar untuk berfikir secara kritis sesuai dengan pendekatan universiti bagi menjadikan graduan diploma UiTM ini terus bersedia untuk memasuki dunia pekerjaan dan bukan hanya menjadi ‘feeder’ kepada program ijazah untuk universiti semata-mata.

Di dalam sesi perkongsian ini, beberapa aktiviti telah diadakan seperti Jom Berfikir, Kahoot! dan Si Hitam & Si Putih. Namun, pelajar telah diberi tugasan yang lebih mencabar untuk disempurnakan iaitu samada mencipta lirik lagu, logo, poster atau video pendek. Objektif tugasan adalah untuk memupuk semangat bekerja dalam kumpulan serta menggalakkan pelajar untuk meneroka daya imaginasi, kreativiti dan seterusnya meluahkan idea-idea mereka. Setiap tugasan pelajar akan dinilai oleh Fasilitator untuk melihat sejauh mana keberkesanan Modul Celik Fikir ini dilaksanakan. 

No comments:

Post a Comment