Disediakan
oleh: Abdul Hafiz Bin Kassim, Muhd Azri Bin Abdul Razak
Dungun – Sempena dengan pelancaran
Bulan Sukan Negara pada Oktober 2019, Kelab Pensyarah FKE UiTMCT telah
bekerjasama dengan Kelab EESA dan HEP dalam menganjurkan program Hari Sukan
UiTMCT. Program tersebut telah diadakan bermula 11 hingga 19 Oktober. Program
ini terbuka kepada semua staf dan pelajar UiTMCT serta jemputan daripada wakil
industri dan sekolah-sekolah berhampiran. Pihak Kementerian Belia dan Sukan
Negeri Terengganu juga turut bermurah hati menaja hadiah-hadiah bagi
pemenang-pemenang daripada acara-acara yang dipertandingkan. Terdapat 11 acara
yang dipertandingkan dalam program Hari Sukan UiTMCT yang melibatkan sebanyak
631 penyertaan. Acara-acara tersebut boleh dirujuk pada Jadual 1.
Jadual 1 : Jumlah peserta bagi
acara-acara program Hari Sukan UiTMCT
Bil.
|
Acara
|
Jumlah
Peserta
|
1.
|
Badminton
Beregu Lelaki
|
32
|
2.
|
Badminton
Beregu Perempuan
|
32
|
3.
|
Futsal
Lelaki
|
112
|
4.
|
Futsal
Perempuan
|
36
|
5.
|
Ping
Pong Beregu Lelaki
|
26
|
6.
|
Ping
Pong Beregu Perempuan
|
18
|
7.
|
Bola
Jaring
|
108
|
8.
|
Carom
|
20
|
9.
|
e-Sport
(mobile legend)
|
120
|
10.
|
e-Sport
(CS-GO)
|
60
|
11.
|
10-pin
Bowling (individu)
|
67
|
Jumlah
|
631
|
Objektif utama penganjuran ini adalah untuk
mengeratkan silaturrahim antara semua staf dan pelajar UiTMCT. Selain daripada
itu pertandingan ini juga diharap dapat memupuk semangat kesukanan yang tinggi
dan membentuk peribadi dan sahsiah diri yang baik. Dari penganjuran ini juga,
bakat baru dapat dicungkil dari kalangan staf dan pelajar. Ini memberi banyak
pilihan kepada jurulatih untuk memilih pemain-pemain bagi mewakili staf dan
pelajar, masing-masing dalam pertandingan Karista dan Karisma. Pencarian
bakat-bakat baru ini sangat penting sebagai pelapis kepada pemain-pemain yang
sedia ada dan secara langsung dapat menaikkan nama UiTMCT di peringkat yang
lebih tinggi.
No comments:
Post a Comment