Wednesday, 30 October 2019

STEM @ UiTM TERENGGANU




Disediakan oleh: Norhidayatul Hikmee Mahzan, Shaiful Bakhtiar Hashim, Dr. Baktiar Musa, Nurul ‘Uyun Ahmad, Norizan Mohamad, Mohd Fadzli Ismail dan Mohamad Taib Miskon.

Perkataan STEM adalah berasal daripada singkatan SMET iaitu Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi. Kemudian, National Science Foundation (NSF) meringkaskan pula kepada STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) bagi memudahkan penyebutan dan memantapkan maknanya bagi setiap elemen.

Di UiTM Cawangan Terengganu, unit STEM diketuai oleh Dr Baktiar Musa sebagai Penyelaras dan dibantu oleh Norhidayatul Hikmee Mahzan, Shaiful Bakhtiar Hashim, Nurul ‘Uyun Ahmad, Norizan Mohamad, dan Mohamad Taib Miskon sebagai Fasilitator yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah bagi ketiga-tiga kampus (Dungun, Bukit Besi dan Chendering). Terdapat juga mentor mentee dari kalangan pelajar-pelajar dari ketiga-tiga kampus bagi membantu program-program dibawah unit STEM ini.

Terdapat banyak program-program yang telah dijalankan dibawah unit STEM ini. Sebagai permulaannya ialah dengan menghantar seramai 5 orang pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik ke Petrosains untuk menghadiri bengkel “Design Thinking Innovation Bootcamp” pada 30/01/2018 - 01/02/2018. Pelajar-pelajar ini akan dilatih dengan pelbagai kemahiran berfikir dan juga kemahiran menyelesaikan masalah. Setelah selesai menghadiri bengkel ini, 5 orang pelajar ini akan melatih rakan-rakan lain dalam program “Training of Trainer (ToT)” bagi mewujudkan satu kumpulan pelajar yang besar untuk unit STEM di UiTM Cawangan Terengganu.

Antara program-program lain yang telah dilaksanakan dibawah unit STEM adalah seperti berikut:

School Bootcamp for RBTX 2018 Challenge
Training of Trainer for STEM Rangers
Petrosains RBTX 2018 Challenge (Qualification Zone)
Bengkel Arduino di SMK Teja Putra
Petrosains RBTX 2018 Challenge (Grand Final)
Program STEM di SMK Paka
Hari Kokurikulum dan STEM 2019 di SMK Balai Besar
Program STEM FKK Bukit Besi Bersama SMK Bukit Besi
Jalinan Kerjasama (bidang Matematik) bersama SM Sains Dungun
Program STEM FKM Bukit Besi Bersama SMK Kompleks Rantau Abang

Program yang terbesar dibawah unit STEM adalah “Hari Mentor Mentee @ UiTMCT” dimana program ini melibatkan kerjasama antara Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, UiTM Cawangan Terangganu dan juga 9 buah sekolah yang merupakan sekolah angkat UiTM Cawangan Terengganu. Program ini telah dilaksanakan di Dewan Aspirasi, UiTM Kampus Dungun. Selain daripada itu juga, STEM UiTM Cawangan Terengganu juga terlibat dalam menjayakan program “Minggu Sains Negara” yang telah dianjurkan oleh pihak Pusat Sains Kreativiti Terengganu (PSKT) selama 2 tahun berturut-turut.

Program-program yang telah dijalankan dibawah unit STEM ini adalah untuk memupuk minat dikalangan pelajar-pelajar sekolah dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

No comments:

Post a Comment