Dahulu, era 90-an
Aku masih di bangku sekolah
Seringkali disajikan dengan kata-kata
berbunyi…
“Maklumat di hujung jari”
“Langit terbuka ,bersediakah kita?”
Entah apakah itu?
Zaman itu, yang kaya saja mampu memiliki
telefon bimbit dan komputer…
Dahulu, awal tahun 2000
Internet ‘dial up’ 1515 yang mahal tapi
perlahan diperkenalkan TM
Nokia 3310 mula menggegar tanahairku
Zaman itu, ramai orang mampu memilikinya
Hari ini, teknologi itu semakin
berkembang canggih
Telefon bimbit menjadi telefon pintar
Komputer menjadi ‘notebook’ malah
‘ultrabook’
Hari ini, semua orang memiliki teknologi
ini
Namun, sayang seribu kali sayang
Nilai kemanusiaan semakin hilang
Budi bahasa kian pudar
Fitnah dan tohmahan berleluasa
Benarkah salah teknologi dan internet?
Adakah kita, manusia kini dikuasai oleh
teknologi dan internet?
Bukankah manusia yang mencipta teknologi
ini?
Mengapa kita pula yang hilang
kemanusiaan?
Ditulis oleh;
Siti Sara binti Rais
No comments:
Post a Comment