Oleh : Wan Ahmad Khusairi Wan Chek, Fadhli Dzul Hilmi Mohd Fauzi, Dr. Baktiar Musa (Fakulti Kejuruteraan Elektrik), En Tajulurus Mohammad ( Fakulti Pengurusan Hotel)
15
Febuari 2019 merupakan hari pertama kami berempat memulakan satu ekspedisi
bermotosikal bagi mengikuti perjalanan penceramah terkenal dari seberang iaitu
Ustaz Abdul Somad (UAS) yang
menjelajah Malaysia menerusi siri ceramah beliau. Memandangkan ceramah beliau bermula di negeri Kelantan, maka destinasi
pertama konvoi kami menuju ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Konvoi biasanya
sinonim dengan kembara berkumpulan yang menggunakan motorsikal berkuasa tinggi,
namun kami sedikit berbeza kerana menggunakan motorsikal dari kategori moped.
Tepat
jam 830 pagi, kami mula berkumpul di perkarangan stesen minyak Petronas
(hadapan SM Sains Dungun) untuk acara pelepasan. Walaupun hanya berempat, namun
semangat berkonvoi tetap membara dan berkobar-kobar. Bagi Wan dan Fadhli, ini
merupakan pengalaman konvoi pertama yang disertai. Setelah selesai membaca doa
bagi memulakan perjalanan, maka deruan enjin motoraikal mula bergema dan
perjalanan konvoi kami pun bermula.
Perhentian
pertama kami adalah di sekitar daerah Marang kerana kami semua ‘skip’ makan
pagi bersama keluarga. Chief de
Mission kami, En Tajul mencadangkan untuk berhenti menjamu selera di kedai nasi dagang 30
tahun. Saya akui itu merupakan pertama kali saya mengetahui akan kewujudan
kedai nasi dagang tersebut. Menarik nama panggilan kedai it’s. Sesudah selesai menjamu selera, konvoi diteruskan.
Dalam
jam 1.00 tengahari, kami sampai di Kuala Besut. Kami behenti sekejap untuk
makan tengah hari. Kami memilih untuk makan nasi ayam di sebuah kedai yang
terletak berhampiran pasar pagi Kuala Besut. Harga nasi ayam di situ agak murah
dan yang penting mengenyangkan kami. Alhamdulillah, syukur.
Perjalanan
direntasi dan kami sampai di rumah penginapan di Kota Bharu sekitar jam 3.30
petang. Penginapan yang di tempah oleh En Tajul agak selesa dan selamat kerana
berpagar. Setelah berehat dan menyegarkan badan, kami terus bergerak menuju ke
Stadium Sultan Mohamad ke - 4 untuk menyertai ceramah Ustaz Abdol Somad (UAS).
Kami keluar awal kerana memang menjangkakan kesesakkan berlaku memandangkan
ribuan orang yang memenuhi stadium tersebut.
Kami
sampai di sekitar perkarangan agak awal, namun kawasan stadium sudah pun sangat
meriah dipenuhi dengan orang ramai yang berpusu-pusu. Juga terdapat pelbagai
gerai jualan. Menantikan program bermula, kami mengambil kesempatan untuk
menjamu selera rerlebih dahulu. Sebaik sahaja masuk waktu Maghrib, kami semua
menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di padang stadium tersebut. Setelah
selesai menunaikan solat kami bergegas mencari lokasi yang strategik untuk
mendengar ceramah dari Ustaz Abdol Somad.
Usai
ceramah, kami singgah untuk minum malam di sebuah kedai berhampiran Wakaf Che
Yeh. Di situ, kami perbincangan tentang aturacara perjalanan untuk keesokan
harinya. Mengikut jadual, destinasi UAS yang seterusnya adalah kuliah subuh di
Pasir Puteh dan seterusnya di Perak. Setelah selesai minum malam kami pun pulang ke rumah
penginapan kami untuk melelapkan mata.
No comments:
Post a Comment