Apakah reaksi kita
apabila mendengar tentang pelaburan saham? Malas ambil pusing kan? Sebab apa tak
nak ambil tahu? "Tak pandailah nak main saham…" "Saham kan untuk orang-orang kaya..." "Orang kata saham boleh bangkrap..." "Tak sempatlah nak main-main saham ni..." "Eh, saham kan haram!!!" Tahukah anda, Bursa Malaysia telah wujud sejak 1960? Sebenarnya ia telah pun bermula lebih awal lagi sebelum Singapura keluar dari Malaysia.
Berikut adalah alasan-alasan mengapa kita buta dalam ilmu pelaburan saham:
1. Tiada Ilmu
Bagi
saya yang pertama adalah tiada kesedaran. Disebabkan tiada kesedaran, sudah
pasti tidak akan menggali ilmunya. Apabila
tiada ilmu, maka tidak mahu ambil tahu langsung. Terus-terang saya isukan di sini, kenapa
perkara sepenting ini tiada pihak yang mewar-warkannya dengan lebih agresif
lagi ke kampung-kampung atau kawasan luar bandar malah sekolah dan universiti
untuk menyedarkan kita berkenaan peri pentingnya pelaburan saham terutamanya daripada pihak
kerajaan?
2. Modal besar
2. Modal besar
Kedua,
mentaliti kita yang mengatakan pelaburan saham memerlukan modal yang sangat besar.
Paling kecil pun mungkin mencecah RM10K! Manalah nak cari sebanyak tu kan? Memang
tidak dinafikan; lagi besar modal, lagi besar pulangan. Namun, perlu diingat,
pelaburan saham ini tidak menjanjikan bulan dan bintang. Pelaburan yang
menjanjikan bulan dan bintang adalah pelaburan yang menipu/scam. Saham ini adalah
perniagaan. Mana ada perniagaan yang untung sahaja?
3. Rugi/Muflis
3. Rugi/Muflis
Ketiga,
takut rugi atau yang mungkin menakutkan lagi adalah muflis. Perniagaan,
syarikat atau individu hari ini yang gah dan berjaya, mana mungkin tidak pernah
mengalami kejatuhan? Malah Haji Asri juga pernah lingkup ketika usianya 28
tahun, sekelip mata hilang RM7 juta! Sebab pelaburan sahamkah? Tidak, tetapi
dalam perniagaannya. Setkan dalam minda kita bahawa kita baru dalam dunia
pelaburan ini, ilmu yang kita ada hanyalah sezarah atau mungkin lebih kecil
daripada itu. Dengan itu, amatlah penting untuk kita menggali ilmu ini. Belajarlah dengan guru
dan platform yang betul.
4. Tiada masa
4. Tiada masa
Keempat,
tiada masa. Tidak dinafikan memang kita kekangan masa. Sebagai ibu, pekerja dan
pelajar, tiga ‘tittle’ sekaligus, memang masa sangat menyemburui kita. Sebagai
bapa dan pekerja juga masa sangat terhad, malah kena overtime untuk cari rezeki
lebih. Namun, jika kita punya ilmu pelaburan, kekangan masa bukanlah menjadi
masalah.
5. Haram
Disebabkan
kita tidak ambil tahu, kita terus meletakkan hukum pelaburan saham ini adalah HARAM
atau mungkin antara kita ada yang mengatakannya SYUBHAH. Tidak dinafikan ada saham
yang tidak patuh Syariah di Bursa Malaysia, tapi tahukah anda bahawa sebanyak ~700
daripada 900++ saham adalah patuh Syariah? Bagaimana mengenalinya? Kita akan kupas dalam isu berikutnya.
Bertitik tolak daripada itu, buanglah mentaliti seperti alasan-alasan tersebut. Pelaburan saham adalah lubuk rezeki dan kekayaan. Gunakan duit lebihan atau simpanan dalam melaksanakan pelaburan saham. Jika kekurangan duit, mulakan dengan modal yang rendah. Yang penting, dapatkan dahulu ilmu, belajar dengan pakar, bukan dengan melabur membuta tuli kerana tidak sabar nak kaya cepat. Ingatlah bahawa rezeki datangnya daripada Allah swt. Berusahalah di samping berdoa, bertawakkal dan redha. Niatkan tujuan melabur demi kebaikan. Bukan sekadar untuk kesenangan diri sendiri sahaja. "Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada yang lain."

Ditulis oleh:
Siti Sara binti Rais
No comments:
Post a Comment