Monday, 14 January 2019

Ruginya Azzazil dan pengikutnya...

Sebelum kewujudan manusia di muka bumi, jin telah pun menghuni bumi dalam keadaan berjisim iaitu yang ada pancaindera dan berjasad kasar seperti kita. Azzazil adalah satu jin yang sangat soleh dan telah diangkat darjatnya oleh Allah swt berada di kalangan para malaikat. Akibat kemusnahan yang dilakukan oleh bangsa jin di muka bumi, Allah 'menghabisi' mereka dan mencipta nabi Adam as. Azzazil yang dengki dan sombong telah menghasut para malaikat supaya tidak membiarkan Allah swt mencipta manusia. Para malaikat juga bertanya kepada Allah, mengapa mencipta makhluk yang hanya akan melakukan kerosakan? Allah menjawab bahawa Dia Maha Mengetahui. Setelah nabi Adam as dicipta, para malaikat tunduk mengikut suruhan Allah, tetapi tidak bagi Azzazil. Kerana keangkuhannya, dia diusir dari syurga.

Bagaimana Azzazil yang soleh dan istimewa pada mulanya, boleh berpaling daripada Allah swt ? Hanya kerana perasaan dengki dan sombong, Azzazil sanggup menerima azab dan neraka pada hari akhirat nanti. Alangkah ruginya dia dan bangsanya yang kafir kepada Allah. Begitu juga golongan manusia yang mengikut telunjuk dan hasutan mereka.

Selepas kewujudan nabi Adam as, golongan jin dijadikan sebagai mahkluk ghaib. Makhluk ghaib selain daripada malaikat, hanya jin sahaja. Azzazil ini adalah iblis dan tiga doanya yang diperkenankan Allah swt adalah:
  1. Bangsanya dipanjangkan usia sehingga Hari Kiamat
  2. Mereka boleh melihat manusia tetapi manusia tidak boleh melihat mereka
  3. Mereka ingin menambah bilangan manusia yangmasuk neraka bersama-sama mereka seramai yang boleh
Mengetahui hakikat ini, marilah kita sama-sama menginsafi tindakan kita dan segeralah bertaubat. Semoga kita sentiasa mendapat 'inayah dan hidayah daripada Allah swt. Ameen...

Rujukan:
Ust. Zulkifli Muhammad Ali, "Mengenal Alam Ghaib JIN," 2019. [Online]. Available: https://www.facebook.com/ZulkifliMuhammadAliLc/videos/424527198182737


Ditulis oleh:
Siti Sara binti Rais


Monday, 7 January 2019

Mengenali Jin dan Syaitan

Makhluk Allah swt yang berakal ada tiga, iaitu malaikat, manusia dan jin. Di dalam al-Quran banyak menyebut tentang jin, syaitan dan iblis. Iblis adalah satu bahagian daripada bangsa-bangsa jin di mana penempatan utama mereka adalah di tengah lautan, manakala syaitan adalah semua bangsa jin yang kafir kepada agama Allah swt. Mereka bergabung dengan kerajaan dan bala tentera iblis dan mereka ini adalah syaitan. [1]

Di atas tanah dan daratan, penempatan jin dan syaitan adalah di kawasan yang sunyi dan jauh dari penempatan manusia seperti gunung-ganang dan hutan. Di penempatan manusia pula, tempat tinggal mereka adalah di dalam kandang unta, kawasan perkuburan, tandas dan bilik-bilik mandi. Jika masjid dikatakan sebagai rumah Allah, tandas pula adalah rumah syaitan. Stigma 'rumah syaitan' ini kadangkala disalahtafsir oleh sesetengah pihak dengan tidak mahu menjaga kebersihannya. "Kenapa nak jaga rumah syaitan? Saya hanya mahu menjaga rumah Allah sahaja," itulah ungkapan segelintir mereka. Kebersihan di tandas itu sangat penting yang mana langkahnya akan membawa ke rumah Allah atau tempat-tempat dan ruang-ruang ibadah. Dipetik daripada [2], tandas adalah punca segala kesucian. [2]

Bertitik tolak daripada itu, kita seharusnya menjaga kebersihan tandas dan bilik-bilik mandi serta mencontohi dan mengikuti sunnah Rasulullah saw seperti membaca doa sebelum masuk dan keluar tandas, serta memasuki tandas dengan melangkah menggunakan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan [3]. Bagi muslimah terutamanya, aurat kita pasti akan dilihat 'penghuni tandas'. Justeru itu, amalkanlah membaca bismillah bagi setiap perbuatan kita di dalam tandas. Bacaan bismillah ini bisa membutakan mata syaitan. Pembinaan tandas yang berasingan dengan ruang wudu' itu juga sangat dituntut kerana percikan air ketika berwudu' itu dikhuatiri bercampur dengan air kotor di atas lantai. Jadi untuk memastikan lantai tandas sentiasa bersih, tandas perlulah dicuci dan bagi mereka yang tidak mengasingkan bilik wudu' dengan tandas, bilas lantai dengan air bersih setiap kali sebelum berwudu'. [2]

Image source: https://www.flickr.com/photos/tazkirah/7445034098

References:


[1]
Ust. Zulkifli Muhammad Ali, "Mengenal Alam Ghaib JIN," 2019. [Online]. Available: https://www.facebook.com/ZulkifliMuhammadAliLc/videos/424527198182737/.
[2]
Ustaz Badlishah Alauddin, "Bacaan Ini Membutakan Mata Syaitan," 2019. [Online]. Available: https://www.facebook.com/UstazBadliShahFansClub/videos/2697055130339929/?v=2697055130339929.
[3]
Zulkarnain Dollah, Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah SAW, 9 ed., PTS Islamika Sdn Bhd, 2012, p. 3.




Ditulis oleh:
Siti Sara Rais



Tuesday, 1 January 2019

Laporan Pertandingan Student Innovation, Invention and Design Exhibition (SIIDE) 2018





Tajuk Program/Projek:  Student Innovation, Invention and Design Exhibition (SIIDE) 2018
Tarikh Perlaksanaan:    23 November 2018                         
Tempat:       Dewan Tamingsari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah
Penganjur:   Faculty of Bussiness and Management UiTM Cawangan Melaka and MPC
Nama Ketua Kumpulan:       Muhammad Hafiz bin Kamaruzaman
Nama Penasihat:                  Puan Siti Sara Binti Rais
Pensyarah Pengiring:           Cik Suziana binti Omar  

Sebanyak empat (4) projek yang telah dibimbing oleh empat orang penyelia telah dipertandingkan di SIIDE 2018. Jadual 2 adalah senarai peserta beserta tajuk projek dan projek yang dimenangi. Penyertaan pertandingan ini disertai daripada pelbagai institusi termasuk politeknik, kolej komuniti dan UiTM pelbagai kampus. Terdapat dua (2) kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori A  Mobile Apps dan Kategori B Open Category.


Jadual 2: Senarai peserta dari FKE UiTMCTKD
Nama pelajar (pasukan)
Tajuk projek
SUPERVISOR
Pingat
Muhammad Hafiz bin Kamaruzaman
Muhammad Asyraf bin Shaari
Nursyazwani binti Zulkifli
Innovative Dustbin
Mrs Siti Sara Rais  Bronze
Muhammad Syakir Aiman Bin Khairul Azman
Muhammad Syafiq Syazwan Bin Nordin
Mohammad Nasrul Faiz Bin Ismail
Vehicles Solar Powered Ventilation System At Open Car Park
Mrs Rina Abdullah
 Penyertaan
Aqil Faisal Bin Abdul Malek
Arif Bin Mohd Nazril
Siti Nur Syafira Binti Sahifuldin
Smart Attendance System Using RFID
Mrs Nik Nur Shaadah Nik Dzulkefli
 Penyertaan
(Tidak mendapat penajaan AAP)

Ms Suziana Omar
 Silver








Disediakan oleh:
Siti Sara binti Rais