Monday 14 January 2019

Ruginya Azzazil dan pengikutnya...

Sebelum kewujudan manusia di muka bumi, jin telah pun menghuni bumi dalam keadaan berjisim iaitu yang ada pancaindera dan berjasad kasar seperti kita. Azzazil adalah satu jin yang sangat soleh dan telah diangkat darjatnya oleh Allah swt berada di kalangan para malaikat. Akibat kemusnahan yang dilakukan oleh bangsa jin di muka bumi, Allah 'menghabisi' mereka dan mencipta nabi Adam as. Azzazil yang dengki dan sombong telah menghasut para malaikat supaya tidak membiarkan Allah swt mencipta manusia. Para malaikat juga bertanya kepada Allah, mengapa mencipta makhluk yang hanya akan melakukan kerosakan? Allah menjawab bahawa Dia Maha Mengetahui. Setelah nabi Adam as dicipta, para malaikat tunduk mengikut suruhan Allah, tetapi tidak bagi Azzazil. Kerana keangkuhannya, dia diusir dari syurga.

Bagaimana Azzazil yang soleh dan istimewa pada mulanya, boleh berpaling daripada Allah swt ? Hanya kerana perasaan dengki dan sombong, Azzazil sanggup menerima azab dan neraka pada hari akhirat nanti. Alangkah ruginya dia dan bangsanya yang kafir kepada Allah. Begitu juga golongan manusia yang mengikut telunjuk dan hasutan mereka.

Selepas kewujudan nabi Adam as, golongan jin dijadikan sebagai mahkluk ghaib. Makhluk ghaib selain daripada malaikat, hanya jin sahaja. Azzazil ini adalah iblis dan tiga doanya yang diperkenankan Allah swt adalah:
  1. Bangsanya dipanjangkan usia sehingga Hari Kiamat
  2. Mereka boleh melihat manusia tetapi manusia tidak boleh melihat mereka
  3. Mereka ingin menambah bilangan manusia yangmasuk neraka bersama-sama mereka seramai yang boleh
Mengetahui hakikat ini, marilah kita sama-sama menginsafi tindakan kita dan segeralah bertaubat. Semoga kita sentiasa mendapat 'inayah dan hidayah daripada Allah swt. Ameen...

Rujukan:
Ust. Zulkifli Muhammad Ali, "Mengenal Alam Ghaib JIN," 2019. [Online]. Available: https://www.facebook.com/ZulkifliMuhammadAliLc/videos/424527198182737


Ditulis oleh:
Siti Sara binti Rais


No comments:

Post a Comment