Makhluk Allah swt yang berakal ada tiga, iaitu malaikat, manusia dan jin. Di dalam al-Quran banyak menyebut tentang jin, syaitan dan iblis. Iblis adalah satu bahagian daripada bangsa-bangsa jin di mana penempatan utama mereka adalah di tengah lautan, manakala syaitan adalah semua bangsa jin yang kafir kepada agama Allah swt. Mereka bergabung dengan kerajaan dan bala tentera iblis dan mereka ini adalah syaitan. [1]
Di atas tanah dan daratan, penempatan jin dan syaitan adalah di kawasan yang sunyi dan jauh dari penempatan manusia seperti gunung-ganang dan hutan. Di penempatan manusia pula, tempat tinggal mereka adalah di dalam kandang unta, kawasan perkuburan, tandas dan bilik-bilik mandi. Jika masjid dikatakan sebagai rumah Allah, tandas pula adalah rumah syaitan. Stigma 'rumah syaitan' ini kadangkala disalahtafsir oleh sesetengah pihak dengan tidak mahu menjaga kebersihannya. "Kenapa nak jaga rumah syaitan? Saya hanya mahu menjaga rumah Allah sahaja," itulah ungkapan segelintir mereka. Kebersihan di tandas itu sangat penting yang mana langkahnya akan membawa ke rumah Allah atau tempat-tempat dan ruang-ruang ibadah. Dipetik daripada [2], tandas adalah punca segala kesucian. [2]
Bertitik tolak daripada itu, kita seharusnya menjaga kebersihan tandas dan bilik-bilik mandi serta mencontohi dan mengikuti sunnah Rasulullah saw seperti membaca doa sebelum masuk dan keluar tandas, serta memasuki tandas dengan melangkah menggunakan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan [3]. Bagi muslimah terutamanya, aurat kita pasti akan dilihat 'penghuni tandas'. Justeru itu, amalkanlah membaca bismillah bagi setiap perbuatan kita di dalam tandas. Bacaan bismillah ini bisa membutakan mata syaitan. Pembinaan tandas yang berasingan dengan ruang wudu' itu juga sangat dituntut kerana percikan air ketika berwudu' itu dikhuatiri bercampur dengan air kotor di atas lantai. Jadi untuk memastikan lantai tandas sentiasa bersih, tandas perlulah dicuci dan bagi mereka yang tidak mengasingkan bilik wudu' dengan tandas, bilas lantai dengan air bersih setiap kali sebelum berwudu'. [2]
Image source: https://www.flickr.com/photos/tazkirah/7445034098 |
References:
| |||||||
Ditulis oleh:
Siti Sara Rais
Siti Sara Rais
No comments:
Post a Comment