Friday, 15 December 2017
Sunday, 10 December 2017
Thursday, 7 December 2017
Friday, 1 December 2017
Tuesday, 1 August 2017
Pesisir Dungun
Pesisir Dungun
Amat indah
Indah sungguh
dirimu
Seluas langit
pemandangan
Sejuk mata
jatuh ke hati
Malam hari
Berkelip kelip
bot
Si nelayan
mencari sesuap nasi
Tika marah
bergulung-gulung
Habis ditelan
pasir
Menghamburkan kembali pada yang bukan hak
Tika aman bersinar
Mata tak
berkelip memandangmu
Ah cantik
sungguh dirimu
Pantai Dungun
Hadiah
daripadaNya
Untuk sang
hamba bersyukur
Disediakan oleh: Siti Aishah Che Kar
Thursday, 1 June 2017
Apa beza Unifi dan Streamyx?
Streamyx ialah sebuah perkhidmatan Internet jalur lebar talian
tetap yang paling dominan di Malaysia yang
disediakan oleh Telekom Malaysia (TM Bhd). Manakala Unifi merupakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang terbaru diperkenalkan oleh TM
Malaysia. Persoalannya adalah apakah beza diantara kedua dua perkhidmatan jalur
lebar ini? Perbezaan yang ketara antara kedua-duanya adalah dari segi
kelajuan/kepantasan penghantaran dan penerimaan data. Unifi lebih laju/pantas
berbanding Streamyx. Kadar kelajuan Unifi yang ditawarkan adalah sebanyak 10 Mbp,30
Mbps,50 Mbps dan 100 Mbps. Manakala kelajuan streamyx hanyalah pada 1 Mbps,2
Mbps,4Mbps dan 8Mbps.
Kenapa
Unifi lebih laju/pantas berbanding Streamyx? Perbezaan ini adalah disebabkan
oleh perbezaan teknologi yang digunakan.Teknologi yang dimaksudkan adalah
(medium pengantaraan) penghantaran dan penerimaan data. Unifi menggunakan kabel fiber optik (gentian kaca) sebagai
medium utamanya manakala Streamyx hanya menggunakan kabel tembaga (cooper) sebagai medium perantaranya. Kabel tembaga (copper)
menghantar arus elektrik, manakala teknologi fiber optik menghantar denyutan
cahaya yang dihasilkan oleh laser di sepanjang fiber optik. Oleh sebab itulah, fiber
optik boleh memindahkan lebih banyak data pada jarak yang lebih lama
berbanding kabel tembaga (copper). Penggunaan
kabel fiber optik adalah lebih cepat dan pantas daripada kebanyakan medium
penghantaran lain. Selain itu, penggunaan kabel fiber optik juga dapat
mengurangkan kehilangan kuasa (power loss) semasa proses penghantaran dan penerimaan
data. Menurut Telekom Malaysia, “Uni” membawakan
maksud kesatuan atau perpaduan, dan “Fi” adalah singkatan bagi fiber optik. Dan
gabungan kedua-duanya membawakan UniFi yang membawakan maksud bersatu bersama
fiber optik iaitu ke arah gaya hidup digital.
Pemasangan Streamyx
boleh dilakukan diseluruh kawasan termasuk kawasan pendalaman (kampung) tetapi
tidak untuk Unifi. Biasanya Unifi hanya berada di kawasan yang pesat membangun
seperti di bandar-bandar besar atau di
kawasan perumahan elit sahaja.
Disediakan oleh: Rina Abdullah
Wednesday, 31 May 2017
LAPORAN MISI SELANGKAH KE UiTM 2017 UiTM CAWANGAN TERENGGANU KAMPUS DUNGUN
PENGENALAN
Program Misi Selangkah ke UiTM adalah satu program usahasama di antara kampus induk dan seluruh kampus-kampus cawangan UiTM di seluruh negara. Ia dijalankan selari dengan proses pengambilan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pelajar sekolah bagi peperiksaaan SPM 2016.
OBJEKTIF
Objektif utama misi ini adalah untuk mempromosikan kursus-kursus pengajian di setiap peringkat yang ditawarkan di UiTM seluruh negara kepada pelajar-pelajar sekolah. Selain itu, program ini membolehkan calon pelajar melihat kesesuaian program pengajian yang diminati dengan hasil keputusan SPM 2016 mereka. Ini secara tidak langsung dapat membantu mereka ketika membuat permohonan ke Unit Pusat Universiti (UPU), Kementerian Pengajian Tinggi, bagi proses pelanjutan pengajian mereka kelak.
TENTATIF SELANGKAH KE UiTM 2017
16 Mac 2017 (Khamis)
8.00 pagi : Persiapan kaunter pertanyaan dan ahli jawatankuasa.
9.00 pagi : Perasmian majlis pengambilan keputusan SPM 2016 oleh Pengetua sekolah dan wakil- wakil pusat pengajian tinggi.
10.00 pagi : Pengambilan keputusan SPM 2016 dan kaunter pertanyaan dibuka.
2.00 petang : Upacara ditamatkan dan kaunter ditutup.
AHLI JAWATANKUASA UNIT KORPORAT DAN MISI AKADEMIK
AKTIVITI MISI SELANGKAH KE UiTM
Pada 16 Mac 2017, Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM cawangan Terengganu kampus Dungun telah menjalankan program “Selangkah ke UiTM 2017” di tiga (3) sekolah berhampiran. Sekolah terlibat adalah Sekolah Menengah Sains Dungun, Sekolah Menengah Balai Besar dan Sekolah Menengah Intan Zaharah.
KEBERHASILAN PROGRAM MISI SELANGKAH KE UiTM
Keberhasilan program ini menyaksikan seramai 60 orang pelajar telah menandatangani buku log yang diletakkan di setiap kaunter pertanyaan menunjukkan minat yang tinggi ke atas pelbagai bidang pengajian yang ditawarkan oleh UiTM. Seramai 20 orang pensyarah telah terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini di setiap sekolah. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah program ini telah dijalankan dengan jayanya beserta keterlibatan dan minat yang tinggi oleh semua pihak terbabit.
Disediakan oleh: Dr Ilham Bin Rustam

Ahli Jawatankuasa Unit Korporat dan Misi Akademik
|
|
Penasihat
|
Hasrul Hafiz
|
Dr Zulzilawati
|
|
Ketua Unit
Pelaksanaan
|
Dr Ilham
|
AKTIVITI MISI SELANGKAH KE UiTM
Pada 16 Mac 2017, Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM cawangan Terengganu kampus Dungun telah menjalankan program “Selangkah ke UiTM 2017” di tiga (3) sekolah berhampiran. Sekolah terlibat adalah Sekolah Menengah Sains Dungun, Sekolah Menengah Balai Besar dan Sekolah Menengah Intan Zaharah.
KEBERHASILAN PROGRAM MISI SELANGKAH KE UiTM
Keberhasilan program ini menyaksikan seramai 60 orang pelajar telah menandatangani buku log yang diletakkan di setiap kaunter pertanyaan menunjukkan minat yang tinggi ke atas pelbagai bidang pengajian yang ditawarkan oleh UiTM. Seramai 20 orang pensyarah telah terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini di setiap sekolah. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah program ini telah dijalankan dengan jayanya beserta keterlibatan dan minat yang tinggi oleh semua pihak terbabit.
Disediakan oleh: Dr Ilham Bin Rustam
Ringkasan Organisasi dan Program Anjuran Kelab EESA sepanjang 2015 dan 2016.
Electrical Engineering Student Association (EESA) merupakan
kelab yang dianggotai oleh para pelajar Fakulti Fakulti Kejuruteraan Elektrik
UiTM Terengganu Kampus Dungun. Manakala pensyarah fakulti bertindak sebagai
penasihat kelab. Kelab EESA diterajui oleh penasihat kelab bersama Majlis
Tertinggi yang terdiri daripada pelajar Kejuruteraan Elektrik berdasarkan
jawatan-jawatan berikut:-
-
Penasihat
Kelab
-
Yang
Dipertua
-
Naib
Yang Dipertua
-
Setiausaha
-
Bendahari
-
Ketua-ketua
Biro
-
AJK
Biro
-
Ahli
Kelab
Semua pelajar Kejuruteraan Elektrik menjadi ahli Kelab EESA
secara automatik. Kelab EESA telah menganjurkan pelbagai program dan aktiviti
untuk para pelajar. Program-program yang dianjurkan bertujuan untuk
meningkatkan pembangunan dan kemahiran insaniah pelajar iaitu daripada segi
akademik, keusahawanan, kerohanian, sukan, khidmat masyarakat dan lain-lain.
Berikut merupakan antara program dan aktiviti yang telah berjaya dianjurkan
sepanjang tahun 2015 dan 2016:-
2015
|
2016
|
-Annual General
Meeting 2015
|
-Annual General
Meeting 2016
|
-Semester General
Meeting 2015
|
-Semester General
Meeting 2016
|
-Majlis Pertemuan
AJK dengan semua pelajar Part 1
|
-Majlis Pertemuan
AJK dengan semua pelajar Part 1
|
-Pengambilan AJK
Baru EESA
|
-Pengambilan AJK
Baru EESA
|
-Program ‘Training
of Trainers’ untuk AJK Baru EESA 2015
|
-Program ‘Training
of Trainers’ untuk AJK Baru EESA 2016
|
-Jualan Baju
Korporat EESA dan ‘Lab Coat’
|
-Jualan Baju
Korporat EESA dan ‘Lab Coat’
|
-Majlis Makan
Malam FKE 2015
|
-Majlis Makan
Malam FKE 2016
|
-Forum ilmiah
bersama jemputan Jurutera TNB dan ustaz yang bertajuk ‘Muslim Engineer: For A
Better Future’
|
-Sukan FKE:
‘Engineering Day’
|
-Pertandingan
‘Robot Arena’
|
-Pertandingan ‘Explorace’
|
-Kutipan derma
untuk pelajar FKE yang kematian ibu/bapa
|
-Pertandingan
Catur
|
-‘Familly Day
EESA’ dan Majlis Perpisahan AJK
senior ‘Part 5’ EESA
|
-Kuiz Sains
|
-Majlis Restu
Ilmu, iaitu majlis solat hajat bersama pelajar-pelajar UiTM sempena menghadapi
peperiksaan akhir
|
-Spell It Right
Contest: khidmat masyarakat dengan membahagi-bahagikan nasi lemak percuma
kepada pelajar melalui Pertandingan ‘Spell It Right’
|
-Jualan Gerai
Pameran FYP
|
|
-Food Court EESA’s
Corner: kontrak berniaga air di café Redang setiap hari.
|
|
-Jualan gerai air
untuk Sukan Kolej di Stadium UiTM
|
|
-Membuat rekaan
baju t-shirt kelab dan membuat jualan kepada pelajar FKE
|
|
-Membuat rekaan
tali penggantung ‘badge’ dan membuat jualan kepada pelajar FKE
|
Disediakan oleh: Nazuha Fadzal
MENITI KUNJUNGAN RAMADHAN
Malam itu
tepat 15 Sya’aban, malam yang sudah dikenali umum iaitu Malam Nisyfu Sya’ban. Kebanyakan masjid di sekitar Terengganu ini,
penuh sesak pada waktu Maghrib, berjemaah membaca Yassin. Dan esoknya,
merupakan penghulu segala hari, Jumaat yang mulia bagi mereka yang senantiasa
berpuasa di hari-hari putih. Tetapi aku, seperti hari-hari biasa, hanya menanti
kunjungan Ramadhan untuk berpuasa. Seolah-olah penitian ramadhan tahun ini
pasti kujejaki hingga ke akhirnya.
Sebentar tadi, baharu sahaja
aku membaca mesej di dalam “whatsapp”… seorang doktor pediatric HUSM baru
sahaja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan
pulang selepas bekerja “on-call”. Inna
lillahi wainna ilaihi raji’un. Semoga arwah tenang di sana, selayaknya dengan Firman Allah S.W.T:
“Wahai jiwa yang tenang! (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu (29), dan masuklah ke dalam syurgaKu (30).” (Al-Fajr 27-30)

Aku langsung tidak mengenali
arwah. Tetapi melihat gambarnya bersama suami dan anak-anak yang ditinggalkan
untuk menuju ke barzakh seketika nanti dan ditambah pula dengan nukilan suami
tersayang, membuatku sungguh terharu. Arwah telah pergi dalam keadaan suaminya
yang penuh redha. Adakah yang paling bernilai buat isteri selain redha suami?
Tiada. Bahkan, redha Allah seorang isteri itu terletak dihati suaminya.
Saat ini, aku masih meniti
waktu. Mengharapkan Ramadhan tahun ini akan kulalui. Tetapi, adakah esok masih
ada buatku?
Coretan: Nuraiza Ismail
Tuesday, 30 May 2017
Kejohanan Piala Rektor 2016
Mohd Aldrin B Ali
Pengarah Program 2
Futsal Piala Rektor UiTMT 2016
Barisan AJK Piala Rektor FKE 2017 |
Acara tahunan yang diadakan pada 19 November 2016 itu disertai oleh 16 pasukan sepertimana berikut:
SENARAI PASUKAN
|
|
Perpustakaan
|
Pengurusan Dapur Hotel
(Hotel Staf)
|
Pengurusan Hotel (Hotel Oren)
|
Kelab Akademik/HEA/ACIS
|
Polis Bantuan 1
|
FKE 1
|
Polis Bantuan 2
|
FKE 2
|
Chendering A
|
Bukit Besi 1
|
Chendering B
|
Bukit Besi 2
|
BPF
|
HEP/KOLEJ
|
ROTU
|
INTEGRITI – Pentadbiran,Kewangan,
PJI dan InfoTech
|
Kejohanan futsal ini telah berjalan dengan lancar
seperti yang telah dirancang. Sasaran penyertaan adalah menepati jangkaan dan
objektif program telah dapat dicapai sepenuhnya. Kejohanan ini telah dimenangi oleh pasukan dari UiTM
Bukit Besi A yang menewaskan pasukan FKE 1 dengan membawa pulang piala pusingan dan wang
tunai. Saudara Ahmad Izzat B Mod Arifin dari FKE 1 diumumkan sebagai penjaring
terbanyak kejohanan. Kejohanan telah dirasmikan dan majlis penyampaian hadiah
telah disempurnakan oleh Timbalan Rektor (HEP) UiTM Terengganu, En Azahari B
Abdul Aziz dan Mejar PM Ustaz Zaid B Ngah.
Pasukan yang berjaya ke peringkat akhir |
Keputusan rasmi
Futsal Piala Rektor 2016
|
|
Juara
|
Bukit besi 1
|
Naib juara
|
Fke 1
|
Ke 3 bersama
|
Pb 1& Hotel Staf
|
Penjaring terbanyak
|
En.
Ahmad Izzat B. Mod Arifin (FKE)
|
Subscribe to:
Posts (Atom)