Tuesday 3 November 2015

Ibnu Haitham- Tokoh Ilmuan Islam


Apabila kita mempelajari bidang sains dan teknologi, kita selalunya terdedah dengan sains dalam dunia barat. Namun, jika kita mempelajarinya secara mendalam tentang sejarah sains dalam islam, kebanyakan ilmu dan pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi datang nya daripada ilmuan dan tokoh-tokoh islam. Nama-nama seperti Khawarizmi, Ibnu Sina, Al Jabar yang kebanyakannya sangat terkenal dengan ilmu dalam bidang perubatan dan matematik.
Salah seorang ilmuan yang penting dalam bidang Fizik ialah Ibnu Haitham. Ibnu Haitham merupakan seorang tokoh ilmuwan islam yang tidak asing lagi dalam bidang sains dan teknologi semasa zamannya. Bukan sahaja cenderung dalam bidang Fizik, Ibnu Haitham terkenal dalam bidang falsafah, matematik, astronomi dan kedoktoran. Ibnu Haitham atau nama sebenarnya Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri Al-Misri dilahirkan pada 354 H bersamaan dengan 965 M, di negeri Basrah, Iraq. Beliau memulakan karier nya dengan menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Kemudian beliau merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di sini bermulanya penumpuan beliau dalam bidang penulisan. Penemuan beliau yang terkenal ialah “hukum pembiasan”, iaitu hukum fizik yang menyatakan bahawa sudut pembiasan dalam pancaran cahaya sama dengan sudut masuk. Hukum ini dikenali dengan nama “Snell’s Law” dalam dunia Fizik moden.
Selain itu, beliau menggabungkan matematik dan fizik dalam menghasilkan teori dalam bidang optik. Penyelidikannya merangkumi teori dalam gerakan cahaya, imej dan bayang-bayang. Ibnu Haitham telah menggunakan mesin lathe (larik) untuk membuat cermin kanta cekung dan kanta cembung untuk penyelidikannya. Al-Munadzir merupakan salah satu karya Ibnu Haitham yang teragung dalam bidang kajian optik. Pada tahun 1270M, Witelo telah menterjemah karya tersebut dan kemudian diterbitkan dengan nama Karya Thesaurus Opticae.
Terdapat sebanyak hampir 200 karya Ibnu Haitham yang terkenal seperti  Maqalah fi Istikhraj Samt al-Qiblah(penyusunan kota), Maqalah fi hayat al-Alam(astronomi), Kitab fi al-Minasit(kamus optik), Fi al-Maraya al-Muhriqah bi al-Dawair(cermin yang membakar), Maqalah fi Daw al-Qamar(cahaya dan gerakan langit), Zawahir al-hasaq(gejala senja), Fi Kayfiyat al izlal, Fi al-Asar Allazi al-Qamar, Fi ad-Dawar, Fi al-Makan, fi al-Mulumar, Fi Misahat al-Mujassamah al- Mukafi, Fi Irtifa al-Quth. Keseluruhan karya tersebut berkisar tentang kajian ilmu fizik dan astronomi dan hampir keseluruhannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah dan menjadi sumber rujukan bagi seluruh ilmuan di dunia.

Rujukan
Tokohislam2u.tripod.com
http://www.islamgrid.gov.my/ilmu-islam/21-tokoh-islam/42



Ditulis oleh:

Nurul Huda Kamarulzaman

2 comments: