Wednesday 11 November 2015

GEMPAK SUPER FIZIK 2015

Pada 18 September 2015, Program Gempak Super Fizik 2015 telah diadakan bertujuan meningkatkan kualiti pencapaian bagi mata pelajaran PHY143 Fizik Kejuruteraan I. Seramai 120 pelajar telah terpilih dan terlibat dalam menjayakan dalam program ini. Program ini dikendalikan oleh pelajar-pelajar terpilih yang mengambil subjek PHY143 yang bertindak sebagai mentor dan dipantau oleh pensyarah yang mengajar PHY143. Seramai 15 mentor daripada kalangan pelajar cemerlang telah hadir bagi berkongsi kepakaran dengan rakan-rakan pelajar yang lain.
Program ini berlangsung selama 3 jam, iaitu daripada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari di mana mentor berperanan dalam memberi tunjuk ajar kepada peserta dalam menyelesaikan masalah pembelajaran Fizik. Pembahagian kepada 15 kumpulan kecil dibuat bagi memudahkan proses pembelajaran dan perundingan berjalan dengan lancar.
Seramai 6 orang pensyarah bertugas memantau perjalanan perjalanan program iaitu Pn. Nurul Huda Kamarulzaman, Pn. Rafiza Abdul Rahman, Pn. Nurul Nazuha Arrifin, En. Baktiar Musa, En. Fadhli Dzul Hikmi Mohd Fauzi dan En. Saiful Baktiar Hashim. Pengisian program tersebut adalah mengkhusus kepada menjawab soalan-soalan peperiksaan akhir semester terdahulu.
Perundingan dan pemantauan yang berterusan kepada pelajar terpilih ini mendapat respon positif daripada semua pelajar terlibat, dengan rata-rata mengatakan bahawa program sebegini membantu mereka untuk mengulangkaji pelajaran dengan lebih konsisten. Diharap dengan adanya program akademik ini dapat memberi lebih pendedahan kepada para pelajar tentang cara belajar yang betul.





Disediakan oleh: Pn. Nurul Huda Kamarulzaman, Pn. Rafiza Abdul Rahman, Pn. Nurul Nazuha Arrifin, En. Baktiar Musa, En. Fadhli Dzul Hikmi Mohd Fauzi dan En. Saiful Baktiar Hashim.


2 comments: