Sunday 11 December 2011

‘My Earliest Rock Band’

Jika disebut ‘The Dark Side of the Moon’ pada masa sekarang, kebanyakan orang mungkin terfikirkan filem terbaru Transformers. Namun masih segar dalam ingatan itulah album pertama dari kumpulan Pink Floyd yang saya dengar pada usia mentah 9 tahun lebih 20 tahun yang lalu. Pengaruh minat abang-abang saya terhadap minat saya untuk lagu-lagu genre rock ternyata besar dan kesannya masih saya rasai hingga ke hari ini.

Antara faktor-faktor utama yang saya rasa merupakan daya penarik kumpulan tersebut adalah lirik-liriknya yang puitis, melodinya yang inovatif serta karakter ahli-ahli kumpulannya yang pelbagai ragam.  Ditubuhkan pada 1965, ahli-ahli kumpulan Pink Floyd bertukar-tukar sehinggalah pada tahun 80an namun ahli kumpulan yang paling saya minati adalah David Gilmour, pemain gitar, komposer serta antara penyanyi utama kumpulan itu. Saya rasa tidak salah jika dikatakan kumpulan Pink Floyd ini amat berpengaruh dalam menukar lanskap industri muzik pada masa itu. Mereka telah menjual lebih dari 200 juta album di seluruh dunia (wikipedia.com).

Seniman malaysia yang saya rasa dipengaruhi oleh Pink Floyd adalah M. Nasir kerana kebanyakan lagu beliau berentak seperti kumpulan tersebut.

David Gilmour pada tahun 1970an

Mungkin ketika saya kecil saya tidak memahami sepatah pun maksud liriknya namun saya rasa masih dapat menghayati alunan muziknya. Deringan loceng, degupan jantung dan alunan lunak gitar Gilmour dalam ‘breathe’ masih menjadi lagu yang saya minati di dalam album ‘The Dark Side of The Moon’.

"Breathe"
Breathe, breathe in the air
Don't be afraid to care
Leave but don't leave me
Look around and chose your own ground
For long you live and high you fly
And smiles you'll give and tears you'll cry
And all you touch and all you see
Is all your life will ever be
Run, run rabbit run
Dig that hole, forget the sun,
And when at last the work is done
Don't sit down, it's time to dig another one
For long you live and high you fly
But only if you ride the tide
And balanced on the biggest wave
You race toward an early grave.



Oleh: Mohd Suhaimi Sulaiman

1 comment: