Monday 5 December 2011

Albert Einstein

source of image: th.physik.uni-frankfurt.de


Secara umumnya, nama Albert Einstein tidak perlu diperkenalkan lagi. Teori yang paling diingati ialah E = mc 2,  formula yang berjaya mengangkat nama Einstein setanding dengan cendekiawan sains yang lain. Di sini, dicoretkan sedikit sebanyak sejarah mengenai kehidupan Einstein sebagai santapan minda semua. Einstein dilahirkan di Ulm, selatan Jerman pada 14 March 1879 – 18 April 1955. Bapanya  Hermann Einstein merupakan seorang jurujual yang juga merupakan seorang jurutera. Bapa dan ibunya bekerja di sebuah syarikat bernama Elektrotechnische Fabrik J. Einstein & Cie, yang merupakan sebuah syarikat yang berasaskan kepada produk elektrik.
Semasa kecil, Einstein tidak berupaya bertutur sehingga berumur tiga tahun dan dipercayai menghidap sejenis penyakit yang berkaitan dengan autisme. Einstein memulakan zaman persekolahannya sewaktu berumur 5 tahun di sekolah Catholic elementary school.  Minat Einstein dalam bidang fizik bermula apabila sewaktu kecil, bapanya telah memberikan sebuah  kompas kepadanya. Beliau berfikir bagaimana jarum kompas boleh bergerak.  Seiring dengan peningkatan usianya, beliau telah membina banyak model-model yang telah menunjukkan bakatnya dalam Matematik. Beliau sering membaca buku-buku berkaitan sains dan matematik seperti Critique of Pure Reason and Euclid's Elements dimana Einstein menggelarkannya sebagai "holy little geometry book” walaupun usia baru menjengah 10 tahun. Sifat ingin tahu yang kuat disamping kerajinannya telah membawa kepada satu era baru dalam bidang sains.
Beliau merupakan seorang warga Jerman yang telah menemukan teori kerelatifan. Teori ini telah membawa satu revolusi yang besar dalam bidang fizik, matematik dan kejuruteraan. Berdasarkan pencapaiannya, Einstein telah dianugerahkan sebagai bapa fizik moden dan telah menerima hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1921.
 Kajiannya mengenai kesan fotoelektrik dan teori kuantum telah memasyhurkan nama beliau dalam bidang fizik. Einstein telah menerbitkan lebih daripada 300 jurnal saintifik disamping 150 jurnal bukan saintifik dan pelbagai jenis buku yang berkaitan dengan sains. Sepanjang kariernya, beliau pernah bertugas di pelbagai universiti seperti  University of Bern, Karl Ferdinand University di Prague dan Humbolt University of Berlin sebagai pensyarah dan profesor.
Einstein mati pada pukul 1.15 pagi, 18 April 1955 di Hospital Princeton di New Jersey. Mayat beliau dibakar pada hari yang sama tanpa sebarang adat istiadat di Trenton, New Jersey mengikut hasratnya. Walaupun beliau telah pergi meninggalkan kita semua namun, ilmu-ilmu dan pengetahuan yang ditinggalkan tetap akan kekal dan digunakan  hingga ke akhirnya. 

Disediakan oleh:
Nurul Huda Kamarulzaman
Siti Musliha Nor Al-Din

1 comment: