Sunday 11 November 2018

CLINIC DAY FOR POWER ELECTRONIC COURSE (EPO359).


Oleh: Haslizamri Md Shariff, Mohd Azri Abdul Razak, Mohd Izzat Mod Ariffin.

Pada 26 Oktober 2018, Clinic Day For Power Electronic (EPO359) telah diadakan bertempat di Dewan Cemara UITM Kampus Dungun. Semua pelajar EE yang mengambil kursus ini pada semester semasa diwajibkan hadir. Kehadiran sangat baik dimana 90 peratus kehadiran pelajar telah dicatatkan.

Clinic Day ini telah diketuai oleh Encik Azri dan dibantu oleh dua orang fasilitator iaitu Encik Haslizamri dan Encik Mohd Izzat. Sesi Clinic Day For Power Electronic telah bermula seawal jam 8.30 pagi. Pelajar hadir dan diberi taklimat oleh Koordinator Kursus iaiitu Encik Mohd Azri bin Abd Razak. Seterusnya, pelajar dipecahkan kepada 10 kumpulan bagi melaksanakan Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Soalan-soalanyang  berlainan bagi bab 1, 2 dan 3 diberi kepada setiap kumpulan. Seterusnya, pelajar dikehendaki berbincang didalam kumpulan dan semua soalan tersebut akan disemak oleh fasilitator yang bertugas.

Soalan-soalan yang telah disemak dan disahkan betul akan dikumpulkan bagi tujuan perkongsian kepada semua pelajar. Semasa sesi ini pelajar yang dikenalpasti mampu membantu rakan sebaya dalam menguasai kursus EPO359, telah dipilih dan diletakkan didalam kumpulan yang ditetapkan. Proses perbincangan dan LDK sangat berkesan dimana pelajar yang lemah dibantu oleh rakan sebaya dan juga fasilitator pada hari tersebut.

Program Clinic Day 2 For Power Electronic ini akan dilaksanakan lagi pada 30 November 2018. Diharap, program seterusnya dapat memberi impak yang signifikan kepada pelajar dalam menguasai kursus ini.

1 comment:

  1. Thanks for giving great kind of information. So useful and practical for me. Thanks for your excellent blog, nice work keep it up thanks for sharing the knowledge.
    AWS Training in Chennai | AWS Training Institute in Chennai

    ReplyDelete