Thursday, 1 June 2017

Apa beza Unifi dan Streamyx?








Streamyx ialah sebuah perkhidmatan Internet jalur lebar talian tetap yang paling dominan di Malaysia yang disediakan oleh Telekom Malaysia (TM Bhd). Manakala Unifi merupakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang terbaru diperkenalkan oleh TM Malaysia. Persoalannya adalah apakah beza diantara kedua dua perkhidmatan jalur lebar ini? Perbezaan yang ketara antara kedua-duanya adalah dari segi kelajuan/kepantasan penghantaran dan penerimaan data. Unifi lebih laju/pantas berbanding Streamyx. Kadar kelajuan Unifi yang ditawarkan adalah sebanyak 10 Mbp,30 Mbps,50 Mbps dan 100 Mbps. Manakala kelajuan streamyx hanyalah pada 1 Mbps,2 Mbps,4Mbps dan 8Mbps.

Kenapa Unifi lebih laju/pantas berbanding Streamyx? Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbezaan teknologi yang digunakan.Teknologi yang dimaksudkan adalah (medium pengantaraan) penghantaran dan penerimaan data. Unifi menggunakan kabel fiber optik (gentian kaca) sebagai medium utamanya manakala Streamyx hanya menggunakan kabel tembaga (cooper) sebagai medium perantaranya. Kabel tembaga (copper) menghantar arus elektrik, manakala teknologi fiber optik menghantar denyutan cahaya yang dihasilkan oleh laser di sepanjang fiber optik. Oleh sebab itulah, fiber optik boleh memindahkan lebih banyak data pada jarak yang lebih lama berbanding  kabel tembaga (copper). Penggunaan kabel fiber optik adalah lebih cepat dan pantas daripada kebanyakan medium penghantaran lain. Selain itu, penggunaan kabel fiber optik juga dapat mengurangkan kehilangan kuasa (power loss) semasa proses penghantaran dan penerimaan data. Menurut Telekom Malaysia, “Uni” membawakan maksud kesatuan atau perpaduan, dan “Fi” adalah singkatan bagi fiber optik. Dan gabungan kedua-duanya membawakan UniFi yang membawakan maksud bersatu bersama fiber optik iaitu ke arah gaya hidup digital.

Pemasangan Streamyx boleh dilakukan diseluruh kawasan termasuk kawasan pendalaman (kampung) tetapi tidak untuk Unifi. Biasanya Unifi hanya berada di kawasan yang pesat membangun seperti di bandar-bandar besar atau  di kawasan perumahan elit sahaja.


Disediakan oleh: Rina Abdullah